Tuesday, February 27, 2018

Taubat: Kaedah rawatan gangguan jin dan sihir paling ampuh

"Apakah amalan yang paling ampuh dalam proses merawat diri dari gangguan dan sihir?"

Jawapan yang saya pernah terima,

"TAUBAT"


Taubat? Apa kaitan taubat dengan merawat sihir?

Ini adalah kerana Allah telah berfirman di dalam al-Quran,

"... Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri" (Al-Baqarah 2:222)

Taubat adalah tanda iman.  Dan Allah menjanjikan bantuan kepada orang-orang yang benar-benar beriman.

Ini selari dengan firmanNya lagi,

"...dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman." (Rum 30:47)

Maka dengan ini saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua untuk sentiasa bertaubat dan memperbaiki diri sendiri.

Kalau kita rasa diri kita dah cukup baik pun, yakinlah, pasti ada lagi tompok-tompok hitam dosa dan keburukan yang bersarang dalam hati kita.

Tambahan pula, hati nurani yang bersih memudahkan doa dan hajat makbul. Maka secara tidak langsung menjadikan proses pengubatan dan ruqyah menjadi lebih berkesan

"...dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, moga-moga kamu beruntung" (An-Nur 24: 31)

Dan sesungguhnya Iblis laknatullah satu-satunya amalan yang dia tidak lakukan selepas dicampak dari syurga sehingga ke hari kiamat nanti adalah taubat. 

Maka di sini boleh kita simpulkan bahawa orang yang tidak berkeinginan untuk bertaubat itu berada di ambang pintu kezaliman yang besar

"...dan (ingatlah) barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Al-Hujuraat 49:11)

Wallahua'lam.

Moga kita diberi taufiq dan hidayah oleh Allah untuk menjadi orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri sendiri