Tuesday, May 28, 2019

"Kain pelikat tu sama macam arwah ayah saya punya"

"Ustaz... boleh tak nak baca Quran sekali?"

Tiba-tiba seorang budak umur 8 tahun menjengah kami yang sedang buat halaqah Quran di masjid.

Hari ni dah hari keempat kami beriktikaf di masjid ni bersempena 10 hari terakhir Ramadan. Diberitakan dalam hadith-hadith bahawa beriktikaf sepanjang 10 hari terakhir ini merupakan sunnah Nabi s.a.w.

"Marilah duduk sekali," kataku sambil menepuk lembut lantai masjid di sebelah. Kemudian aku pun suruh dia baca surah al-fatihah dab empat surah Qul (al-kafirun sampai an-nas)

"Adik buat apa kat sini?"

"Saya ikut mak saya tadi. Mak saya pergi kerja, jadi saya tinggal kat sini kejap"

"Eh takkan sorang-sorang tinggal kat masjid ni. Ayah mana?"

"Ayah dah meninggal"

Alamak.

"Dah lama dah dia meninggal"

Aku berbalas pandang dengan amir sab depan aku. Raut wajah orang tua tu tampak berkerut bila mendengar jawapan budak tu.

Lepas baca empat surah tadi, dia dah terbaring kat sebelah kami sambil berpusing-pusing. Tetiba teringat Ansari kat rumah. Umur budak ni setahun lebih muda, tetapi tampak lebih matang dan sedia berdikari awal.

Ah mata masuk bawang pulak kala tengahari ni.

Dekat nak zohor, dia bangun nak main kat anjung masjid.

"Ustaz... kain pelikat ustaz samalah macam kain arwah ayah saya"


Ah, sudah. Makin kuat pulak bawang masuk mata 😭.

Didoakan agar si anak muda tadi menjadi orang yang teguh imannya dan kuat menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Sesungguhnya hanya insan yang pernah menjalani kehidupan sebagai anak yatim sahaja yang memahami perasaan dan jenis kehidupan seorang anak yatim..

.
.

Bersempena 10 hari terakhir Ramadhan, jom iktikaf di masjid-masjid berdekatan. Nak join aku iktikaf sekali pun boleh. Pm tepi untuk lokasi 😊.

.
.

Raya dah dekat. Ramadhan dah nak berlalu dah... cepat betul masa berlalu.

cc: Noor Hayati

.
.

Update: aku dah empat kali dok baca balik apa aku tulis... tapi awat aku try maksudkan lain, korang paham tang lain eh? Adeih 😅

Monday, May 20, 2019

Dr Maszlee dilemma

Baru beberapa bulan lepas ada tulis pasal cabaran politik yang bakal dilalui oleh Dr Maszlee.

Kalau dalam novel, ni dah dikira macam plot untuk ke klimaks. Watak antagonis dan supervillain dah mula menjelmakan diri.

Mari kita tengok

Fight, or flight?

Doa yang terbaik insya Allah.

p/s:Popcorn, mana popcorn?

Sunday, March 10, 2019

Move on!

Bagaimana cara untuk move on sepenuhnya?

Satu sebab kenapa kita susah untuk move on adalah sebab kita masih meratapi sesuatu yang kita hilang, kesilapan dalam keputusan yang kita buat, atau sesuatu yang kita inginkan tapi tak dapat.

Kesan dari sukar untuk move on menyebabkan mudarat pada diri.

Ada orang sampai jadi depression, mental problem

Ada orang berubah sifat menjadi anarkis, rebel, baran.

Ada orang yang sampai kena stroke, koma, meninggal dunia kerana terlalu sedih.

Nauzubillah, tapi ada juga orang memilih untuk menamatkan nyawa sendiri.

Jadi bagaimana untuk move on?

Kita lihat balik kepada contoh kehidupan Sahabat r.anhum terdahulu.

Lebih tepat - tatkala saat kewafatan kekasih dan junjungan mereka dan kita, Rasulullah saw.

Kitab-kitab sejarah mencatatkan kewafatan Nabi sebagai musibah terbesar buat generasi Sahabat. Sehingga ada di kalangan Sahabat yang kelu tak terkata, yang pengsan yang tidak sedarkan diri, dan hampir hilang akal sambil menghunuskan pedang untuk memancung mereka yang mengatakan Nabi telah wafat.

Namun selepas Abu Bakar r.a mengambil posisi khalifah kepada rasul yang pertama, apa yang beliau lakukan?

Beliau tidak meratapi kehilangan Baginda saw.

Tapi lagi dikerah kesemua Sahabat untuk sempurnakan tugasan-tugasan agama. Sehingga kosong bandar Madinah dan hanya tinggal golongan yang diuzurkan dari keluar ke jalan Allah.

Kesimpulannya bagaimana untuk move on?

Sibukkan diri dengan agama.

Ganti masa yang sibuk mengenangkan orang telah memilih untuk tinggalkan kita, dengan masa untuk ibadah dan urusan agama.

Ganti meratapi benda yang kita hilang, dengan meratapi dalam doa dan tahajud di depan Yang Maha Mendengar dengan penuh kerisauan akan nasib kita dan umat di akhirat nanti.

Ganti bernostalgia akan benda yang telah tiada, dengan langkah-langkah maju ke hadapan dengan semangat waja.

Mereka yang bangkit dan maju untuk agama, bantuan Allah telahpun bersama mereka.

Insya Allah.

Lagipun...

Adakah musibah dan perpisahan yang lebih berat untuk ditanggung daripada saat kewafatan Rasulullah saw?

Wallahualam

cc: Noor Hayati

#bangkit