Sepatutnya hujung minggu ini menghadiri Ijtima Qudama' dan Ulama' selama empat hari dari Jumaat sehingga ke Isnin. Tapi kaki masih tak memberi kerjasama yang baik.
Namun alhamdulillah, dengan kudrat Allah masih mampu menggagahkan diri menghadiri majlis tahlil Usamah.
Ramai yang hadir, melimpah sampai ke luar rumah.
Sempat catching up dengan sahabat-sahabat lama dari zaman Asasi. Ramai yang hampir dua dekad tak bertemu.
Maaf tak dapat berbual lebih lama. Macam saya katakan, kaki tidak memberi kerjasama sangat untuk berdiri lama di luar.
Ada rezeki kita bertemu lagi 😊
Sempat bergambar dengan Dr Azizul Akram (nak tag tapi again, tak jumpa nama.. ni mesti letak nama timangan ni 😅). Terima kasih sebab sempat bagi free consultation on spine. Ada kesempatan nanti kita set buat MRI kat Kota Bharu eh 😁
Mintak maaf kat Faiz Kamaruzaman tak sempat bergambar bersama. Aku cari tadi sebelum balik, mungkin masa tu tuan kat dalam rumah.
Dan ada rezeki, jumpa lagi Mohd Zahir Amin, Ahmad JaKa Zulkarnain, Nuzzrie Halmi, Ahmad Bakhtiar, Que Yusuf dan lain-lain yang tak dapat nak tag.
Mintak maaf Puan Lynda UPhan tak dapat nak tunggu. Kaki dah mula 'jem' tadi.
Kalau jadi rancangan untuk majlis reunion nanti, harap kita semua dapat hadir dan berjumpa semula 😊
.
Dalam perjalanan pulang dari majlis tahlil di Shah Alam, Noor Hayati bercerita,
"Tadi jumpa mak Usamah, sayang kenalkan diri sayang sebagai isteri Hilmi Khairi, kawan Usamah masa Asasi"
"Mak dia bagitau, baru lagi Usamah ada telefon dan bercerita rancangan nak ziarah kawan dia nama Hilmi Khairi tu bersama dengan dua orang lagi (barangkali merujuk kepada Anuar dan Khairil Jack O)"
"Kirim salam kat suami ye"
Bergenang je rasa kat mata...
#orangbaikramaisayang
#mogadibawahrahmatIlahi

