Perkongsian ~ Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam bulan Ramadhan:
1. Elakkan dari berbuka terlalu lama sehingga mengabaikan solat maghrib. Paling terbaik solat maghrib dapat berjemaah di masjid/surau terdekat.
2. Elakkan dari kejar solat tarawikh berjemaah, tetapi mengabaikan atau kurang mengendahkan solat isyak berjemaah. Teringat dulu2 ada kenalan di hostel yang solat isyak sorang2 di bilik kemudian baru berkejaran ke surau untuk tarawikh
3. Elakkan sambung tidur lepas sahur, sehingga terlepas solat subuh. Ada kesempatan, tahajud 2 rakaat sebelum sahur.
4. Kurangkan pembaziran makanan. Kalau ke param, beli sekadar keperluan. Kalau tak dapat juga nak tahan diri beli banyak2, sedekahkan/berikan kepada orang lain untuk berbuka
5. Kalau ke masjid untuk tarawikh atau solat fardhu jemaah, jangan la blok kereta orang atau ambil selipar jemaah lain. Jangan kerana nak buat 1 kebaikan, kita buat keburukan lain
6. Banyakkan doa untuk diri, keluarga dan seluruh umat. Sekiranya ada kesempatan, selitkanlah sekali nama saya yang dhaif ini, ahliah saya Noor Hayati Hisham dan putera kami Muhammad Ansari dalam doa kalian 😄
Wallahualam
#ramadhankareem
No comments:
Post a Comment