Monday, March 30, 2020

Memberanikan diri untuk kembali ke depan

"Abang, posing la sikit untuk ambil gambar"

"Haa? Ok..."

Seketika kemudian.
"Pose apa namanya macam ni abang oi..."

"Ni namanya pose sambil berfikir, 'esok nak makan apa ye?' dan 'bilalah aku ni nak kurus?'.... hehe"

Hilmi Khairi


Nota: ni rambut paling panjang pernah aku simpan sepanjang hayat ni kot 😆



Ada orang bertanya, kenapa kebelakangan ni dah boleh mem'public'kan posting tulisan. Sedangkan selama ni kemain la acah-acah menyembunyikan diri.

Sampaikan nak share status dan video pun tak boleh. Gambar sendiri pun jarang-jarang keluar dan tak pernah public.

Ada banyak reason kenapa selama ni seolah seperti menyembunyikan diri.

Mungkin dah tiba masa untuk keluar dari kepompong ketakutan.

Memberanikan diri untuk kembali terbang bebas seperti suatu masa dahulu

😊

Sunday, March 29, 2020

Blood pressure

Memantau bacaan tekanan darah:

Pagi sebelum jumpa doktor: 140/95
Waktu jumpa doktor: 190/110
Beberapa hari lepas jumpa doktor: 130/90

.

Rasanya aku memang ada "white coat syndrome" la.

Ataupun simply blood pressure naik bila orang perempuan pegang tangan 😅

Taktau mana satu

Biarkan ianya kekal misteri. Hahaha 🤣

.

Jaga kesihatan sepanjang tempoh MCO ni.

Kes dijangka meningkat tinggi pertengahan April ni. Jangkaan kes akan melonjak antara 6000-8900 kes (nauzubillah). Oleh itu ada kebarangkalian MCO mungkin akan disambung lagi.

.

Jemput sarapan.


Susu + potongan epal + madu + tabur nestum

Friday, March 27, 2020

Markaz Seri Petaling ditutup

Sebak rasa hati.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Markaz Dakwah, Masjid Jamek Sri Petaling adalah selepas SPM tahun 2000. Ingat lagi time tu iktikaf bersama dengan Lutfi Ali dan Rizal Teddy pada hari Sabtu malam Ahad semasa program mingguan malam markaz.

Tak pernah tengok masjid ini sunyi. Hatta kalau datang pada hari biasa pun sentiasa ada jemaah keluar masuk bersilih ganti, baik dari dalam mahupun luar negara. Dan sentiasa ada orang yang menghidupkan amalan-amalan di dalam masjid.

Setelah 20 tahun sering berulang-alik ke sini, ini kali pertama melihat ianya sunyi tanpa orang.

انا لله وانا اليه راجعن

Ya Allah, bantulah seluruh umat, seluruh alam.
Ya Allah, ampunilah kami
Ya Allah, angkatlah segala musibah ini

لا اله الا انت

برحمتك نستغيث





Apabila Ansari bertanya

Guys, I need help 😅

"Ayah, apa itu fizik, apa itu metafizik?"
"Ayah, biologi tu apa?" 
"Ayah, orang dah jumpa monster loch ness ke belum?" 
"Ayah, betul ke kat atas clock tower Mekah ada balai cerap?" 
"Ayah, ashabul ukhdud tu apa kisahnya?" 
"Ayah, kenapa Allah turunkan Surah at Talaq?" 
"Ayah, macamana fotosintesis berlaku?" 
"Ayah, hadith ni ada dalam kitab Bulughul Maram, kan?" 
"Ayah, kenapa pada malam 1 Syaaban, kita tak nampak bulan?" 
"Ayah, tu bintang ke satelit?"

Aku rasa kalau kumpul soalan-soalan budak ni selama MCO ni, boleh buat 3 jilid buku dah kot 😅

.

Tapi beberapa benda penting yang saya belajar dalam bab berkomunikasi dengan anak ni,

1. Layan soalan anak-anak sebagai soalan-soalan yang penting.

Jangan sesekali undermine soalan-soalan mereka.

Dengan melayan soalan mereka, secara tak lansung menggalakkan mereka untuk self-inquiry dan minat nak tambah ilmu.

Berbicara dengan mereka seperti orang dewasa berbicara. Jangan layan macam budak kecik taktau apa.

2. Bila communicate dengan anak, stop semua benda yang tak penting. Contohnya kalau tengah tengok Netflix kat telefon tu, apa salahnya pause sekejap.

Tengok muka dan mata anak bila berbicara.

Anak belajar cara berkomunikasi dengan melihat cara kita berkomunikasi dengannya.

3. Jangan Tipu!

Kalau tak tau, cakap taktau.

Kalau benda tu sensitif pun, jangan tipu.

Ayat standard saya gunakan,
"Maaf Ansari, ayah pun taktau. Nanti Ansari kalau dapat jawapan, Ansari cerita kat ayah. Ok?"

Atau
"Err.. benda ni belum masanya untuk awak tahu. Bila awak makin besar nanti, along the way insya Allah Ansari akan tau jawapannya. Waktu tu baru kita diskas balik benda ni. Ok?"

Menipu untuk menutup kelemahan diri takkan beri kebaikan kepada anak. Silap haribulan dia belajar dan ikut nanti.

4. Tunjuk dunia sebenar kepada anak.

Gunakan gadjet untuk kenalkan dunia kepada mereka. Apa itu universe, apa itu wild life, apa itu bumi, apa itu anatomi, apa itu history, apa itu technology.

Kenalkan dia dengan channel National Geographic, Discovery Channel, Animal Planet, History Channel, Travel and Living

Bukan kartun semata-mata

Lagi cantik, buat recap session dengan anak-anak. Kaitkan semua dengan kebesaran Allah dan keluasan ilmuNya.

.

Selamat melayan soalan dan karenah anak-anak 🤗. Tiga minggu lagi. Bertabahlah wahai sekalian warga mak-ayah 😁

.

Selamat hari Jumaat.

Hari Jumaat kedua dalam MCO tanpa solat Jumaat di Malaysia.

Doa banyak.

Moga Allah angkat musibah covid-19 ni dari muka bumi.

Melihat kepada betapa slownya action oleh Trump (nak pulak unit Pandemic CDC adalah antara yang paling awal Trump mansuhkan), memang tak terkejut kot bila US potong China

Buat masa ni semua containment measure adalah di bawah state masing-masing. Tak ada federal coordination yang betul-betul efficient.

Itali pun sikit lagi nak outranked China tu 😓

Nota: melihat kepada ini membuatkan saya bertambah kagum dengan KKM yang lebih pantas buat counter-measure. Moga Allah pelihara semua Frontliners.

Doa banyak
Patuhi PKP
Tawakkal

Thursday, March 26, 2020

Berpagi-pagi berkongsi rezeki dengan jiran tetangga 😁


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda,
"Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya.  
Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan.  
Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi.  
Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum.  
Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”.  
Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”.  
Rasulullah SAW bersabda, “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”

(Hadith riwayat Imam Bukhari)

Rujukan hadith: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1440-irsyad-al-hadith-siri-ke-141-kisah-pemuda-dan-anjing

.

Imam Muslim rah.a. juga ada meriwayatkan hadith dengan kisah yang lebih kurang sama, tetapi lebih mahsyur kisah ini di mana watak pemuda digantikan dengan seorang perempuan pelacur.

Dan kerana perbuatannya itu, Allah memberi pengampunan buatnya.

.

Ini baru berbuat baik kepada haiwan.

Bagaimana pula kedudukan mereka yang berbuat baik kepada manusia melalui kalam, lisan dan perbuatannya?

Oleh itu sempena MCO sebulan ni mari kita azam;

Kalam - tulis yang baik-baik
Lisan - bercakap yang baik-baik
Perbuatan - duduk rumah diam-diam. Jangan mengada nak keluar rumah melainkan hanya apabila perlu 😁

.

Sebarkan kebaikan!
"(Sesungguhnya) Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
😊

Macam boleh relate: Politicians dan Kenduri

Tergelak pulak baca perumpamaan ni 🤣



Tuesday, March 24, 2020

Amalan elak Covid-19

Amalan untuk kesembuhan dan mengelak dari Covid-19 dan sedikit penjelasan tentang amalan yang diterima melalui mimpi.

Wallahualam.

Nota: Sebelum ada orang salah faham, doa ini perlu disertai dengan usaha. Patuhi arahan kawalan pergerakan dan ikut protokol kesihatan bagi mengelak penularan Covid-19

Nota 2: Saya berpendapat para Frontliners boleh amalkan amalan ini setiap hari atau sebelum bertugas

Moga sentiasa di bawah pemeliharaan Allah







Teringat

Sungguh
Tiap kali aku teringat
Aku sebutkan dalam doaku.


Sungguh.

#MCOday7
#menunggumaghrib

Monday, March 23, 2020

Usul yang dilarang: mintak sedekah

Antara 4 usul yang dilarang sama sekali.
Salah satunya adalah mintak derma.
Kalau ada mintak derma atas nama jemaah, itu adalah scam.


Harap maklum.

Sunday, March 22, 2020

BP monitoring


Orang lain diminta pantau suhu badan.
Saya pula diminta untuk pantau blood pressure.
Alhamdulillah diastolic below 100 dah selepas 10 hari 😊

Minggu ni patutnya ada follow up appointment. Taktau protokol macamana nanti ni.
Kang tengok orang berjanggut datang klinik kesihatan waktu perintah pergerakan ni, takut semua orang lari pulak 😅

Friday, March 20, 2020

Jangan sampai jadi ejen fitnah

Kawan-kawan,

Kita mungkin berbeza fikrah
Tapi janganlah sampai memfitnah
Atau menjadi ejen fitnah.

Kita mungkin marah atas sifat segelintir orang
Tapi janganlah dipukul rata semua orang
Seolah sengaja mencari poin untuk membahan orang

Jadilah ejen perubahan ke arah kebaikan
Aku, engkau dan mereka, kita semua insan
Sama saja kita sering buat kesilapan

Hari ni mungkin hari aku dan mereka
Esok? Lusa?
Mari kita berlapang dada.

Wallahualam

Moga kita sama-sama selamat dunia akhirat 😊

#coret2waktupetang
#cubajadiorangpositif

Kuarantin: isi masa dengan Al Quran


Quran time waktu kuarantin
"Tapi saya tak biasa nak baca Quran sampai satu juzuk atau lebih dalam masa sehari. So macamana?"

Meh sini saya share satu tips yang pernah seorang doktor perubatan ni share dengan saya untuk bagaimana nak biasakan diri baca 1-3 juzuk Quran satu hari.

1. Bukak youtube atau mp3 player. Ambil surah yang panjang, sebaiknya Al-Baqarah.

2. Pilih bacaan imam yang kita suka. Saya syorkan Sheikh Baleela sebab bacaan dia jelas. Boleh juga pilih Imam Masyari. Kurang syor Sheikh Sudais sebab bacaan dia agak laju.

3. Ambil wudhu dan sediakan Quran

4. Tekan play video atau mp3.

5. Baca bersama dengan Imam tersebut. Agak-agak tertinggal, pause sekejap untuk kejar balik bacaan. Mana-mana bacaan yang kita tersangkut, boleh cek bacaan pada rakaman.

6. Agak-agak penat, stop kejap untuk berehat. Boleh sambung kemudian.

7. Habis satu juzuk, shodaqallah hul 'adzim 😊 esok sambung juzuk 2 al Baqarah.

8. Kalau mampu, teruskan sampai dua juzuk, atau habiskan al baqarah tersebut. Jika berjaya sampai habis, tahniah dan alhamdulillah. Berjaya habiskan 2 juzuk setengah! 😁

9. Esok repeat balik. Takde masalah ulang-ulang al Baqarah.

10. Bila bacaan dah lancar dan dah biasakan dengan huruf-huruf dan sebutan makhraj dalam al Baqarah, try baca tanpa rakaman.

11. Bila dah makin ok, dah boleh mulakan dengan sambungan surah-surah lain. Insya Allah takde masalah untuk baca 3 juzuk sehari.

Nota: buat permulaan, mungkin boleh peruntukkan sejam untuk satu juzuk. Bila dah lancar, secara puratanya boleh habis 1 juzuk dalam masa setengah jam, insya Allah

Nota 2: kalau al Baqarah tu terlalu berat, boleh try dengan surah al-Kahfi. Kalau masih terlalu berat, boleh mulakan dengan Juzuk 30 dari surah an Naba' sampai an-Nas.

Yang penting kita mulakan dan cuba istiqamah 😄

.

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Seseorang yang ahli dalam al Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran" 
(Hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

.

Wallahu'alam

Moga Allah bagi taufiq untuk amal dan sampaikan 😃

Wednesday, March 18, 2020

Ijtima' Sulawesi semasa covid-19?

Ah sudah.

Kawan-kawan, sesungguhnya aku pun tak tau kenapa ijtima' di Indonesia tetap nak diteruskan dalam keadaan wabak macam ni.

So tolong jangan bombard aku dengan soalan-soalan yang aku sendiri taktau nak bagi jawapan macamana 😓

Hint mudah: Markaz Seri Petaling dan markaz-markaz lain yang berada di bawah seliaan dan tanggungjawab Markaz Dakwah Dunia Nizamuddin, tidak ada kaitan dengan kelompok yang menjalankan ijtima' di Sulawesi.

Wallahua'lam
Allahu musta'an

Elak ibuprofen sepanjang covid-19

The warning by French Health Minister Veran followed a recent study in The Lancet medical journal that hypothesised that an enzyme boosted by anti-inflammatory drugs such as ibuprofen could facilitate and worsen COVID-19 infections.

"In the meantime, we recommend using rather paracetamol, and do not use ibuprofen as a self-medication. That's important,"

Jadual harian musim PKP

Hari pertama kawalan pergerakan.

Memandangkan cuti sekolah pun dipanjangkan termasuk ke atas madrasah, maka jadual harian untuk Ansari pun dibuat supaya dia tak bosan dan kekal berdisiplin selama duduk kat rumah.


Kami jugak anggap ini cara untuk disiplin diri kami jugak. Terutamanya dalam bab jaga amalan dan menjaga waktu. Bila buat amal sama-sama, kurang rasa malas. Bila ada jadual, semua orang bekerjasama nak tepati waktu.

Secara tak langsung, ini adalah sebahagian daripada bonding time 😊

Kepada Allah kita berserah.

Tuesday, March 17, 2020

Ijtima' & covid-19: tulisan Iznan

Disebabkan jarang betul bro Mohd Iznan Shamsuddin menulis panjang-panjang di era MukaBuku ni, izinkan daku share tulisan beliau 😁


Semua kawan2 Tabligh pakat buat saringan. Setakat ni semua yang dalam circle terdekat tiada simptom dan diarahkan pulang sahaja oleh doktor atau MA.

Pakcik dalam H Metro tu dua anaknya doktor.Makna kata bukan calang2 orang mampu besarkan anak berjaya begitu. Nak ikut sedap orang kata, asyik tinggal anak bini nak bagi makan apa..ya dak? Habis tu bila masa pula dia besarkan anak sampai berjaya gitu? Yang ni Qadariah ke Jabariah?

Sorang lagi pakcik tu peniaga. Entah2 income dia meniaga juta juta setiap bulan. Mcm kawan saya Muhammad Didi Hendra Shah ni. Merata dakwah dia dah pergi. Tapi tengok FB dia mcm masyukkk je....pulun dunia serupa nak hidup 1000 tahun. Pulun akhirat mcm nak mati besok.

Ni junior saya Hariz Zain. Aktivis masyarakat sedang buat Phd lagi. Selalu tlg org sakit HiV dan nyah2 yang nak kembali ke pangkal jalan

Kalau nak kena apa penyakit, ni org memula akan kena. Nak kira dia ni apa. Tawakal membabi buta?

X lama dulu satu Malaysia ternganga dengar penjelasan Kapten Nuruddin ttg MH370. Bagaimana seorang pilot boleh bicara hal ugama dengan begitu lancar dan penuh keyakinan.

Ini atr contoh bahawa agama dn kerja dakwah x pernah menjumudkan kita. Orang yg jumud ialah orang yang terkesan dengan suasana dan dia pon berubah ikut suasana.

Kadang2 hairan juga orang2 Melayu Islam la ni, bagi komen serupa macam habislah 1 Malaysia akan kena wabak sebab orang tabligh dah langgar kaedah fiqh berhimpun la, tidak memikirkan mudharat am. Walhal foreigner yg dtg dari luar, semuanya sudah disaring di airport dengan saringan amat ketat. Bukan berhimpun suka suki. Permit pon telah dimohon!

Mmg benar virus x kenal agama. Allah nak bagi musibah penyakit kpd siapa sahaja yang dikehendaki. Tapi jagalah tutur kata kita agar tidak sesekali mendahului takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan kita berlapik dengan jargon kitab agama untuk melunaskan kejumudan yang kita tak sedari melingkari akal fikiran kita sendiri.

Arahan pemerintah kita akur. Tiada yang lebih baik dari sifat taat. Dan tiada yang lebih mulia dari memelihara lidah dan sangkaan.

Dalam pada usul tabligh yang sering memberatkan no publicity, media shy dan sikap low profile, hari ini satu dunia sedang membicarakan tentang perhimpunan umat Islam yang berjalan dengan tertutup, teratur dan hemah. Magnet kekuatan usaha dakwah ini bukan pada banyak mana liputan media didapati, tapi ia dikuasai dan dijana dengan pengorbanan dan mujahadah para penggeraknya.

Ala kulli hal...saya memohon kepada Allah syifa kepada kita semua!

#taubatistighfar
#nangismalam
#amal24jam

Doa musim Covid-19: sejauh mana?

Doa, dah macam-macam doa pelindung dah kita dengar, jumpa dan baca sepanjang musim Covid-19 ni.

Persoalannya. Berapa ramai antara yang kita amal?

Yang dah amal, sejauh mana kesungguhan kita membaca doa-doa kita itu?

Dan sejauh mana kita yakin kepada kekuasaan dan perlindungan Allah yang Maha Berkuasa itu?

#ajakfikir
#nasihatdirisendiri
😊

Sunday, March 15, 2020

Kenapa kami tak kecam balik?


Ini yang kami ditarbiyah selama ini.

Namun, Sifat-sifat yang belum ada dalam diri saya.
Meskipun dari zaman sekolah berkecimpung.

Moga Allah ampunkan saya 😔

Faisal Alwi: kaedah iklan bakal trending

Next level of marketing.

Copywriting bakal jadi outdated gamaknya lepas ni 🤣



Perutusan rasmi Syura Malaysia.

Dengar dan taat




Covid19 & ijtima: satu penjelasan

Cantik penerangan Cikgu Hairere Shuaib ni tentang ijtima dan covid-19.

Harap dapat menjelaskan.

Ok lah, malas nak fikir panjang. Pagi ni tekanan darah masih tinggi, walaupun kurang dari semalam 😅


COVID-19 DAN TABLIGH : MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN

Tanpa diduga, nama Masjid Sri Petaling dan Ijtima Tabligh menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Ada segelintir yang menyalahkan pihak Sri Petaling (SP) dan Jemaah Tabligh apabila muncul 40 kes Covid-19, didapati dari mereka yang mempunyai sejarah menghadiri Ijtima tersebut.

DAH TAHU ADA WABAK, KENAPA ADAKAN HIMPUNAN MELEBIHI 10k ORANG

Sebelum ini, memang setiap tahun di Malaysia jemaah tabligh membuat himpunan yang melibatkan kehadiran beribu malah berpuluh ribu orang. Tidak ada isu pun. Malah setiap kali Ijtima', pihak penganjur  akan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk tempatan, polis, bomba dan sebagainya. Malah ramai pemimpin negara termasuk sultan sendiri pernah menghadiri Ijtima Jemaah Tabligh. Pernah dahulu di Masjid Daerah Sri Iskandar, Perak, diadakan Ijtima tabligh dan dihadiri sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Menteri Besar Perak masa itu Dato Zamry dan Mufti Perak Dato Harussani. Jelasnya, Ijtima' dengan kehadiran berpuluh ribu dan jemaah tabligh ini perkara yang biasa.

Kenapa tak dibatalkan dah tahu ada isu Covid-19?
Ijtima diadakan pada 28/2 hingga 2/3 2020. Masa itu, isu Covid-19 belum masuk ke gelombang kedua. Keadaan masih terkawal. WHO juga belum istiharkan pandemik. Kerana itu, dalam masa yang sama di Johor ada perlawanan Bolasepak Piala Sumbangsih Johor vs Kedah, difahamkan kehadiran lebih 20k penonton. Kenapa perlawanan ini tidak dibatalkan? Kerana kes covid-19 masih berlum merebak sepenuhnya.
Dalam tarikh yang sama juga, di Sheraton Hotel ada pemimpin² negara sedang berkumpul dinamakan 'Langkah Sherathon'. Walau kehadiran tidak mencecah ribuan, tetapi difahamkan hingga ratusan dan melibatkan pemimpin² negara. Mengapa mereka berani berkumpul? Kejadian ini berlaku semuanya sama dengan tarikh berlangsungnya Ijtima. Kenapa mereka berani berkumpul, kerana kes covid-19 belum betul² meletus tanpa kawalan.

Semasa Ijtima ini juga, bilik perubatan dan para doktor disediakan dan ditempatkan di bilik khas, sekiranya ada yang sakit boleh mendapat rawatan. Sememamgnya langkah keselamatan dan kesihatan diambil berat dalam mana² Ijtima' tabligh.

Bila dah ada kes, apa tindakan SP dan Jemaah Tabligh?
Kes mula meletus pada petang rabu 11/03/2020 apabila satu kes +ve Covid-19 dikesan di Brunei. Ini merupakan kes pertama di Brunei. Apabila dilihat sejarah perjalanan, pesakit pernah menghadiri Ijtima' di Sri Petaling. Malam itu juga, telah mula meletup dalam semua group² Whatsapp dan masuk berita. Keesokan harinya, tersebar beberapa kes di Sabah dan Pahang pula. Mereka juga didapati hadir Ijtima Sri Petaling. Singapura pula buat pengumuman, beberapa kes di Singapura melibatkan kehadiran di SP.

Adakah pihak SP dan Syura Jemaah Tabligh berdiam diri dan hanya berserah pada qada' dan qadar sahaja?
Ada yang mengatakan jemaah tabligh tak bertindak pantas. Anda pasti?
Untuk menjawab persoalan ini, tuan-tuan kena tahu bagaimana sistem informasi dan arahan yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh ini.

Di Malaysia, Masjid Sri Petaling merupakan markas utama. Di sini, ada beberapa orang Syura Malaysia yang akan membuat keputusan. Bawah markas utama SP ini, ada markas² negeri. Ada 24 markas negeri semunya (beberapa negeri besar mempunyai 2 atau 3 markas). Markas² negeri ini dipanggil tempat Sabguzari, juga mempunyai Orang Tanggungjawab atau Syura Negeri. Contoh seperti di Perak, markas Ipoh untuk kawasan Perak Selatan dan markas Taiping untuk kawasan Perak Utara.
Di bawah markas negeri (tempat sabguzari) pula, ada beberapa halqah (kampung, taman dan sebagainya). Contoh bagi markas Ipoh ada 44 buah halqah. Di dalam halqah itu pula ada antara 15-25 buah masjid. Dan semua 'orang tabligh' usaha hidupkan amal masjid² tersebut untuk dibangunkan menjadi seperti Masjid Nabawi di zaman nabi.

Baik, kita sambung isu Covid-19 tadi. Apabila Masjid Sri Petaling dan Ijtima tersebut dikatakan sebagai kluster penyebaran Covid-19, pihak Syura Malaysia di Sri Petaling telah mengarahkan semua markas² negeri (24 markas ini) untuk dapatkan maklumat kehadiran ke Ijtima dan berapa orang yang telah membuat Ujian Saringan Covid-19. Arahan ini, turun ke markas, dari markas turun ke halqah, dari halqah turun ke masjid-masjid. Memang pantas. Dalam masa beberapa jam sahaja, maklumat tersebar.
 Kerana itu, pada Khamis dan Jumaat (12 dan 13 mac) kita lihat diseluruh Malaysia gang² berjanggut ini hadir untuk disaring. Saya sendiri pada pagi Khamis (12/3/2020) hadir utk disaring. Kebanyakan mereka telah diberi cuti dan kuarantin sendiri hingga 14 hari dari hari balik Ijtima tersebut.  Hingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki yang belum membuat saringan.

Ada isu orang tabligh lari semasa saringan dibuat hingga terpaksa lapor polis?
Tuan² perlu faham, jemaah ini terlalu ramai, dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Ada golongan professional, ada ulama, ada kakitangan awam, ada peniaga, ada petani, pekebun, peladang, penganggur.  Malah ada bekas gangster, bekas maknyah, artis dan sebagainya. Jadi dalam kelompok yang pelbagai itu, jika ada satu atau dua kes yang lari dari saringan, sedang beribu yang lain elok serah diri untuk disaring. Kenapa kerana seorang dua, hendak disalahkan satu jemaah.

Betul ke semua dah pergi buat saringan? Kenapa Dr Zulkifli, menteri agama terpaksa merayu, pihak KKM dan berbagai pihak juga membuat rayuan seolah orang tabligh ni engkar dan degil. Tidak mendengar kata dan ikut kepala sendiri?
Tuan² kena faham, masjid Sri Petaling adalah masjid awam. Sesiapa sahaja boleh datang, masuk untuk solat dan duduk dalam setiap program yang diadakan. Ijtima juga dibuat di dewan solat yang terbuka. Kita tidak buat program 'for members only'. Jemaah Tabligh tidak pernah membuat program secara tertutup dan tidak pernah melarang orang awam untuk hadir.
Semasa Ijtima' tersebut, mereka yang hadir melalui halqah dan markas negeri akan lapor diri pada pihak istiqbal. Nama, dari markas mana dan halqah mana akan dicatat. Ini yang hadir ikut saluran betul dan terdaftar. Mereka ini senang untuk dijejaki.
Tetapi kerana masjid awam, semua boleh hadir, beribu² yang hadir tu sebenarnya tanpa kita ketahui dari mana datangnya. Bukan semua yang hadir itu pernah ikut keluar dakwah walau 3 hari pun. Ada yang datang hanya untuk lihat suasana kerana mereka memang suka dengan suasana agama dan percakapan iman dan amal. Bukannya pernah ikut keluar pun.

Kenapa tak halang? Hanya yang betul² daftar sahaja boleh masuk?
Sekali lagi diberitahu, ini masjid awam. Orang datang untuk solat dan duduk mendengar perkara baik, takkan kita nak halang. Andai buat begitu, timbul isu baru pula, orang tabligh buat program secara tertutup, untuk ahli mereka sahaja. Halang orang awam untuk mendengar. Ini boleh mendatangkan syak.

Kerana itu, apabila pihak KKM memaklumkan kehadiran 5k, kemudian 10k dan terkini dikatakan kehadiran Ijtima 16k, memang sesuatu yang agak sukar untuk SP menjejakinya 100%. Hanya yang betul² berdaftar dengan istiqbal sahaja dapat dikesan.

Berapa ramai sebenar ahli tabligh di seluruh Malaysia?
Jemaah tabligh ni bukannya satu pertubuhan, persatuan atau NGO. Jemaah tabligh adalah satu gerakan untuk menghidupkan dakwah cara nabi ke seluruh alam. Mengembalikan umat ini kepada kehidupan sunnah dan sirah.

Tidak ada nama pun jemaah ini. Orang sahaja yang memanggil 'jemaah tabligh'. Tidak ada borang keahlian dan tidak ada yuran tahunan. Seperti jemaah masjid yang bersolat zohor, kita tak ada pun borang dan nama ini jemaah solat zohor. Sesiapa sahaja mempunya kalimah syahadah layak untuk ikut keluar 3 hari.
Markas SP, markas negeri, halqah, syura dan sebagainya itu hanya untuk menyusun kerja supaya semua jemaah yang keluar mengikut tertib yang betul.

Akhir kata, bukan masa untuk kita menyalahkan sesiapa. Orang Brunei kes pertama dikesan tu pun tak nak perkara ini berlaku. Pihak SP dan Syura pun tidak mahu ini berlaku. Semua kita tidak inginkan perkara ini berlaku.

Namun, perkara telah pun berlaku, inilah masanya semua kita bermunajat pada Allah swt agar wabak ini dapat dibasmi dengan segera.

- Cikgu Hairere Shuaib-
14/03/2020

Saturday, March 14, 2020

Hadir untuk saringan Covid-19

Pergi klinik kesihatan untuk saringan covid-19, tapi jadi kes lain pulak 😅.

Ini kisah kelmarin.

Doktor yang cantik manis di kaunter saringan berkata setelah cek temperature badan

"Ok, badan encik tak demam"

Alhamdulillah dah lega.

Kemudian doktor cantik manis tersebut cek tekanan darah tinggi

"Encik ada darah tinggi ke?"

Bulat mata dark brown dia memandang saya. Saya terkebil-kebil kejap tak keruan. Tak pasti sebab mata itu atau sebab riak risau dalam nada suaranya.

"Eh sepengetahuan saya takde pulak. Last rekod saya awal tahun arituh sistolik 128, diastolik 78. Tapi ye lah dah 3 bulan"

Doktor cantik manis kembali menekan alat Omron kat meja

"217, 127. Tinggi sangat ni encik! Takde pening ke, rasa nak pengsan ke??"

"Err... saya ok je ni. Pening apa semua takde"

Kawan kepada doktor cantik manis, yang juga ayu menawan cadangkan saya rehat setengah jam kat dalam.

Masa masuk, semua mata menumpu kepada individu berbadan bulat, tetapi separa segak, datang duduk berdekatan mereka. Mau depa tak cuak? Masuk pun diescort oleh pegawai perubatan, dari kaunter covid pulak tu! 😅

Rehat setengah jam. Cek balik di kaunter dalam klinik guna alat hospital. Kali ni oleh abang MA.

"Bacaan masih tinggi lagi ni encik. 180, 121. Patut masuk wad ni"


Saya masih buat muka terkebil-kebil.

Doktor cantik manis keluarkan preskripsi ubat darah tinggi dan suruh datang balik lepas 14 hari.

Ok. Kisah doktor cantik manis bersambung di episod seterusnya. Haha
.

Pelik jugak blood pressure boleh naik setinggi ni. Tak pernah dalam sejarah.

11 tahun lepas saya pernah kena mild blood pressure. Bacaan paling tinggi adalah 148, 100. Doktor di PPUM arahkan follow up setiap minggu tanpa prescribed ubat darah tinggi.

Selepas 3 bulan, alhamdulillah doktor dismisskan kes saya sebab bacaan keep cantik. Dan sejak tu saya selalu monitor bacaan BP kat rumah, khuatir kembali naik.

Sampai lah ke awal tahun ni, bacaan masih kategori baik

Ya betul, saya kategori obese. Tapi 3 bulan jadi pesakit bedridden buat berat badan susut 16kg. Nak pulak ada perubahan dari segi diet makanan bila terpengaruh dengan kejayaan Dr Adi Ainurzaman turunkan berat badan below than 70kg.

Ye betul jugak, saya ada letak gambar nasik lemak paru tabur punya. Tapi tu bukanlah makan hari-hari 😑. Kebiasaanya saya makan buah je. Nak pulak bulan Rejab ni dilazimi dengan puasa.

Tapi satu benda yang berlaku 3 minggu kebelakangan ni adalah saya kurang tidur. Tido lambat, bangun awal. Siang pulak kadang-kadang takde nap. Purata tidur dalam 3-4 jam sehari. Malam tadi pun masih sama.

.

Kawan-kawan, jaga kesihatan.

Umur nak masuk 40 tahun ni, dah mulalah terbuka pintu-pintu ujian untuk kita. Ujian kesihatan, anak, perkahwinan etc etc.

Satu lagi benda, jangan berfikir kuat sangat. Serah segalanya kepada Allah. Ada benda bukan dibawah kawalan kita. Ini nasihat mendalam untuk diri sendiri 😔

Doakan saya.

Hari ni insya Allah saya akan cuba cukupkan tidur 8 jam 😊

.

Baru terfikir pick up line.

"Encik ada darah tinggi ke?"

"Entahlah. Hati saya bergetar bila melihat doktor"

Cia cia cia

Hahahahaha 🤣

Friday, March 13, 2020

Doa perlindungan dari jangkitan


Ibrah covid-19

Abdullah bin Mas'ud r.a berkata:
"Sesungguhnya orang beriman melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang duduk di bawah bukit dan takut bukit itu akan menimpanya.
Orang yang jahat pula melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya sahaja."
(Hadith Riwayat Imam Bukhari rah.a)


Nasihat dari Maulana Abd Hamid Chin,
"Alangkah baiknya kalau kita takut dengan dosa, macam kita takut dengan virus makhluk tu (covid-19), kita dah jadi orang paling bertaqwa kat dunia ni".

Firman Allah Ta'ala,
“Kami tidak akan menurunkan azab bencana selama mereka masih beristighfar"
(Surah Al-Anfal: 33)

Wallahualam

Thursday, March 12, 2020

"Insya Allah, kami tak lari"

Disebabkan jarang betul bro Mohd Iznan Shamsuddin menulis panjang-panjang di era MukaBuku ni, izinkan daku share tulisan beliau 😁

Update: tak keluar pulak tulisan dia. Yang keluar link Metro pulak. Copy n paste sat


Semua kawan2 Tabligh pakat buat saringan. Setakat ni semua yang dalam circle terdekat tiada simptom dan diarahkan pulang sahaja oleh doktor atau MA.

Pakcik dalam H Metro tu dua anaknya doktor.Makna kata bukan calang2 orang mampu besarkan anak berjaya begitu. Nak ikut sedap orang kata, asyik tinggal anak bini nak bagi makan apa..ya dak? Habis tu bila masa pula dia besarkan anak sampai berjaya gitu? Yang ni Qadariah ke Jabariah?

Sorang lagi pakcik tu peniaga. Entah2 income dia meniaga juta juta setiap bulan. Mcm kawan saya Muhammad Didi Hendra Shah ni. Merata dakwah dia dah pergi. Tapi tengok FB dia mcm masyukkk je....pulun dunia serupa nak hidup 1000 tahun. Pulun akhirat mcm nak mati besok.

Ni junior saya Hariz Zain. Aktivis masyarakat sedang buat Phd lagi. Selalu tlg org sakit HiV dan nyah2 yang nak kembali ke pangkal jalan

Kalau nak kena apa penyakit, ni org memula akan kena. Nak kira dia ni apa. Tawakal membabi buta?

X lama dulu satu Malaysia ternganga dengar penjelasan Kapten Nuruddin ttg MH370. Bagaimana seorang pilot boleh bicara hal ugama dengan begitu lancar dan penuh keyakinan.

Ini atr contoh bahawa agama dn kerja dakwah x pernah menjumudkan kita. Orang yg jumud ialah orang yang terkesan dengan suasana dan dia pon berubah ikut suasana.

Kadang2 hairan juga orang2 Melayu Islam la ni, bagi komen serupa macam habislah 1 Malaysia akan kena wabak sebab orang tabligh dah langgar kaedah fiqh berhimpun la, tidak memikirkan mudharat am. Walhal foreigner yg dtg dari luar, semuanya sudah disaring di airport dengan saringan amat ketat. Bukan berhimpun suka suki. Permit pon telah dimohon!

Mmg benar virus x kenal agama. Allah nak bagi musibah penyakit kpd siapa sahaja yang dikehendaki. Tapi jagalah tutur kata kita agar tidak sesekali mendahului takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan kita berlapik dengan jargon kitab agama untuk melunaskan kejumudan yang kita tak sedari melingkari akal fikiran kita sendiri.

Arahan pemerintah kita akur. Tiada yang lebih baik dari sifat taat. Dan tiada yang lebih mulia dari memelihara lidah dan sangkaan.

Dalam pada usul tabligh yang sering memberatkan no publicity, media shy dan sikap low profile, hari ini satu dunia sedang membicarakan tentang perhimpunan umat Islam yang berjalan dengan tertutup, teratur dan hemah. Magnet kekuatan usaha dakwah ini bukan pada banyak mana liputan media didapati, tapi ia dikuasai dan dijana dengan pengorbanan dan mujahadah para penggeraknya.

Ala kulli hal...saya memohon kepada Allah syifa kepada kita semua!

#taubatistighfar
#nangismalam
#amal24jam

Scam pinjam duit

Money scam.

1. Scam cara sebegini dah lama berlaku. Dan masih lagi digunakan oleh pihak scammer hingga ke hari ini.

2. Kalau ada sesiapa dapat mesej kat whatsapp, fb messenger, telegram or whatsoever yang mengaku saya dan nak pinjam duit, insya Allah tu BUKAN saya.

Berhutang adalah benda yang paling saya takut dalam banyak perkara.

Seandainya betul terdesak pada masa akan datang (nauzubillah), insya Allah saya akan datang jumpa secara personal.

3. Sekiranya dapat mesej yang sebegini rupa dari orang yang kita kenal, pastikan buat double check dan confirmation.

Biasanya scam begini guna nombor fon lain. Kalau kita dah kenal rapat seseorang tu, mesti ada nombor dia kan? So kalau tiba-tiba ada yang contact mengaku orang yang kita kenal, tapi nombor lain, kat situ dah start fishy dah.

Ramai dah kena scam macamni. Ada yang sampai melibatkan angka ribu.

4. Yang paling penting, Maulana Wan Helmi dan Hilmi Khairi adalah dua insan yang berlainan 😁

Wednesday, March 11, 2020

Strong support

Sometimes kita akan lalui fasa mental dan emotional breakdown.

Waktu ni kau kena cari strong support.

Supaya kau tak rebah habis.

Insya Allah. Kau akan rebound semula mendaki ke atas.

Be strong 💪

Allah ada.
Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Dan Dia juga Maha Lembut dan Pengasih terhadap hamba-hambaNya

Monday, March 9, 2020

Menteri Alam Sekitar baru?

Mungkin buku ni wajar dihadiahkan kepada al fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dah lama nama pun dah dekat sama dengan nama penulis 😆

Boleh dijadikan sebagai teras kepada pendekatan baru dalam Kementerian Alam Sekitar.

Lagipun siapa kata orang agama tak mampu berhadapan dengan isu-isu alam sekitar? 😁

.

p/s: Kalau nak penasihat, saya ada degree dalam environmental science and management. Hehe. Saje bagitau ni.

Psst.. gaji boleh runding

😂

Kabinet baru TSMY

Dalam ramai-ramai nama yang tersenarai dalam senarai menteri kabinet terbaru, ada dua nama yang menarik perhatian saya.

Pertama, Sohibus samahah Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio agama. Bagi saya, memang tiada tokoh lain yang paling sesuai untuk portfolio tersebut selain beliau.

Kedua, YB Dato Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan. Kami barisan MPP pro Aspirasi dulu ada hubungan rapat dengan beliau semasa beliau menjawat jawatan Setiausaha Parlimen KPT. Malah secara personal beliau beberapa kali datang ke Kolej Kelima ajak saya turun minum di kafe bawah sambil berbual perkara bukan politik. Santai sahaja beliau datang berkurta dan berkain pelikat 😅

Yup, pembentukan kabinet baru ini masih dikategorikan kontroversi.

Sebagaimana kita doakan yang terbaik masa kabinet PH dibentuk, apa kita jika kita juga doakan yang terbaik untuk kabinet menteri yang baru ini.

Moga Allah pelihara Malaysia.

.

Nota: paling tak boleh belah, Menteri Belia dan Sukan. Adeih 😂

Nota 2: Menteri Tall Dark & Handsome jadi Menteri MOSTE la..  😂😂

Saturday, March 7, 2020

Mana satu lebih seram?

Mana satu lebih menyeramkan?

1. Hantu akak yang mintak tolong cari mayat dia

2. Orang sales yang dah bersebati dalam darah daging

3. Orang yang menaip wassap tak reti guna koma dan nokhtah pada tempatnya?

😑


Majlis Syahadah dan Khatam Quran

Tadi menghadiri Majlis Khatam Quran dan Syahadah di madrasah tempat Ansari belajar.




Bila tengok gambar ni, baru tersedar betapa keciknya Ansari berbanding dengan abang-abang sepengajiannya.


Harap belajar di madrasah baru ni bukan sekadar menjadikan Ansari seorang Huffaz, tetapi juga meluaskan horizon pengalaman dan mematangkan fikiran.

😊

Nota: seorang pelajar sesi lepas dah menghabiskan Syahadah dan dalam rancangan untuk menyambung pengajian di South Africa


Nota 2: mantap jugak kambing bakar yang jadi hidangan disekalikan dengan majlis aqiqah tadi 😆



#CeritaKami

Friday, March 6, 2020

Result SPM?

Sembang pasal SPM ni, result saya sendiri memang tak bagus mana.

Tapi saya ada ijazah Master dengan pointer 3.94

😎

#riya'
#sekalisekala

Kesimpulan: SPM ni baru permulaan. Panjang lagi perjalanan hidup.

Wednesday, March 4, 2020

Pemergian sahabat: Ust Hanafee

Mendapat berita pemergian sahabat sepengajian di Persatuan Perubatan Darussalam dulu, Ustaz Hanafee Abd Wahab.


Kami rapat sepanjang menuntut ilmu perubatan Islam di bawah TG Ustaz Ismail Kamus dulu. Malah selalu bersama semasa praktikal merawat berhadapan dengan kes-kes rasukan dan gangguan sihir di pusat rawatan DS di Gombak.

Dapat berita pemergiannya semasa nak subuh tadi. Beliau meninggal dunia asar semalam. Umur arwah adalah dalam lingkungan baya umur saya juga, meninggalkan seorang balu dan beberapa anak kecil.

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره وزوجا خيرا من زوجه وأهلا خيرا من أهله وادخله الجنة واعذه من عذاب القبر وعذاب النار

Dah macam musim orang meninggal dunia pulak time ni 😔

Tuesday, March 3, 2020

First time posting kena delete

First time posting aku kena delete dengan FB

Kalau posting pasal kalau aku jadi PM tu, bokeh terima lagi kot. Tapi ni posting pasal part dialog dalam Ayat-ayat Cinta tu 😅

Aku syak yang delete ni feminism yang anti cerita Ayat-ayat Cinta yang ada sentuh bab poligami

😐

Update: depa kata spam. Tang mana pulak spamnya


Cerita kat Noor Hayati

"Ada orang buat report kot" kata dia

"Haih, bukannya cerita racist atau hasut pun"

"Kot ada secret admire zaman abang rajing blogging dulu yang report"

😂

.

Tetiber rasa macam selebriti pulak bila FB sampai terpaksa delete post 🤣

Orang Perak hensem


Rakyat baginda pun 😎

Haha

Petikan Dialog filem Ayat-ayat Cinta

Belek-belek blog lama. Terjumpa pulak ungkapan ni.

Satu part dialog dalam filem lama Ayat-ayat Cinta bilamana watak utama (Fahri) disumbatkan ke dalam penjara di Mesir, atas fitnah memperkosa seorang wanita mesir (Noura).

Ungkapan dialog ini paling terkesan kat hati bila banduan di dalam kurungan yang sama berkata kepada Fahri yang sedang dilanda kekecewaan dan patah semangat.


http://coretanversidua.blogspot.com/2008/04/ayat-ayat-cinta.html?m=1

Monday, March 2, 2020

Ijtima' Qudama' dan Ulama' 2020

Alhamdulillah. Allah punya kudrat.

Sempat juga menjenguk ijtima' qudama' di hari akhir.


Sunday, March 1, 2020

Kalau saya TSMY

Kalau saya jadi Tan Sri Muhyiddin, saya akan buat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Shafie Afdal.

Dengan harapan, Warisan akan berpaling sokongan kepada saya, sekaligus menguatkan kedudukan untuk berhadapan dengan risiko undi tak percaya oleh PH pada 9 Mac nanti.

Lagipun kami dah kenal kan antara satu sama lain sepanjang di Umno dulu 😁

Apa komen anda?

Hehe

#kalausayajadiPM
#strategi
#neorealisme
#9mac

Trump patut tukar penampilan dia 😅