Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda,
"Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya.
Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan.
Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi.
Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum.
Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”.
Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”.
Rasulullah SAW bersabda, “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”
(Hadith riwayat Imam Bukhari)
Rujukan hadith: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1440-irsyad-al-hadith-siri-ke-141-kisah-pemuda-dan-anjing
.
Imam Muslim rah.a. juga ada meriwayatkan hadith dengan kisah yang lebih kurang sama, tetapi lebih mahsyur kisah ini di mana watak pemuda digantikan dengan seorang perempuan pelacur.
Dan kerana perbuatannya itu, Allah memberi pengampunan buatnya.
.
Ini baru berbuat baik kepada haiwan.
Bagaimana pula kedudukan mereka yang berbuat baik kepada manusia melalui kalam, lisan dan perbuatannya?
Oleh itu sempena MCO sebulan ni mari kita azam;
Kalam - tulis yang baik-baik
Lisan - bercakap yang baik-baik
Perbuatan - duduk rumah diam-diam. Jangan mengada nak keluar rumah melainkan hanya apabila perlu 😁
.
Sebarkan kebaikan!
"(Sesungguhnya) Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."😊

No comments:
Post a Comment