Disebabkan jarang betul bro Mohd Iznan Shamsuddin menulis panjang-panjang di era MukaBuku ni, izinkan daku share tulisan beliau 😁
Semua kawan2 Tabligh pakat buat saringan. Setakat ni semua yang dalam circle terdekat tiada simptom dan diarahkan pulang sahaja oleh doktor atau MA.
Pakcik dalam H Metro tu dua anaknya doktor.Makna kata bukan calang2 orang mampu besarkan anak berjaya begitu. Nak ikut sedap orang kata, asyik tinggal anak bini nak bagi makan apa..ya dak? Habis tu bila masa pula dia besarkan anak sampai berjaya gitu? Yang ni Qadariah ke Jabariah?
Sorang lagi pakcik tu peniaga. Entah2 income dia meniaga juta juta setiap bulan. Mcm kawan saya Muhammad Didi Hendra Shah ni. Merata dakwah dia dah pergi. Tapi tengok FB dia mcm masyukkk je....pulun dunia serupa nak hidup 1000 tahun. Pulun akhirat mcm nak mati besok.
Ni junior saya Hariz Zain. Aktivis masyarakat sedang buat Phd lagi. Selalu tlg org sakit HiV dan nyah2 yang nak kembali ke pangkal jalan
Kalau nak kena apa penyakit, ni org memula akan kena. Nak kira dia ni apa. Tawakal membabi buta?
X lama dulu satu Malaysia ternganga dengar penjelasan Kapten Nuruddin ttg MH370. Bagaimana seorang pilot boleh bicara hal ugama dengan begitu lancar dan penuh keyakinan.
Ini atr contoh bahawa agama dn kerja dakwah x pernah menjumudkan kita. Orang yg jumud ialah orang yang terkesan dengan suasana dan dia pon berubah ikut suasana.
Kadang2 hairan juga orang2 Melayu Islam la ni, bagi komen serupa macam habislah 1 Malaysia akan kena wabak sebab orang tabligh dah langgar kaedah fiqh berhimpun la, tidak memikirkan mudharat am. Walhal foreigner yg dtg dari luar, semuanya sudah disaring di airport dengan saringan amat ketat. Bukan berhimpun suka suki. Permit pon telah dimohon!
Mmg benar virus x kenal agama. Allah nak bagi musibah penyakit kpd siapa sahaja yang dikehendaki. Tapi jagalah tutur kata kita agar tidak sesekali mendahului takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan kita berlapik dengan jargon kitab agama untuk melunaskan kejumudan yang kita tak sedari melingkari akal fikiran kita sendiri.
Arahan pemerintah kita akur. Tiada yang lebih baik dari sifat taat. Dan tiada yang lebih mulia dari memelihara lidah dan sangkaan.
Dalam pada usul tabligh yang sering memberatkan no publicity, media shy dan sikap low profile, hari ini satu dunia sedang membicarakan tentang perhimpunan umat Islam yang berjalan dengan tertutup, teratur dan hemah. Magnet kekuatan usaha dakwah ini bukan pada banyak mana liputan media didapati, tapi ia dikuasai dan dijana dengan pengorbanan dan mujahadah para penggeraknya.
Ala kulli hal...saya memohon kepada Allah syifa kepada kita semua!
#taubatistighfar
#nangismalam
#amal24jam

No comments:
Post a Comment