*Musim Game Of Throne versi Malaysia*
Buku Clash of Civilization oleh Samuel Huntington ini adalah antara buku luar bidang yang saya sangat gemari apabila bercakap tentang politik dan hubungan antarabangsa.
Sekilas tentang buku ini, ianya adalah lanjutan daripada artikel Huntington yang diwasitkan daripada jurnal Foreign Affairs pada tahun 1993.
Dalam kedua-dua artikel dan bukunya tersebut, Hunting mencadangkan bahawa selepas berakhirnya era Cold War, konflik antarabangsa tidak lagi berdasarkan kepada perbezaan ideologi dan politik (seperti mana dalam Cold War berlaku pertembungan yang lama berlarutan antara golongan berpaksikan idea komunis dan free world). Namun begitu pada pendapat beliau, akan berlaku pertembungan di antara perbezaan agama dan etnik, di mana Huntington melihat hegemoni kuasa Barat yang mendepani dunia baru yang liberal akan dicabar oleh negara-negara Islam.
Teori Huntington ini bagi pendapat banyak ahli akademik sangat dianuti oleh Presiden Bush Jr kemudiannya. Yang mana kita lihat polisi luar Bush sepanjang kepimpinannya mengantagoniskan negara- negara Islam (i.e Afghanistan, Iraq etc...). Panjang cerita kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh beli buku ni dan jadikan bahan bacaan sendiri. Hehe.
.
Tapi ada satu lagi ELEMEN yang penting yang dapat dilihat dari buku ini. Huntington sangat mendokong idea Political Realisme.
Apa pulak benda Political Realisme ni?
Realisme ini adalah satu teori dalam politik dan hubungan antarabangsa yang diperkenalkan oleh Thomas Hobbes, ahli falsafah dari kurun ke-16, yang ringkas katanya menjelaskan bahawa kita ini sebenarnya hidup dalam “undang-undang rimba”.
Sebagaimana dalam hutan berlandaskan kepada “survival of the fittest”, maka dalam dunia sebegini, yang kuat survive dan menang, termasuk dengan cara membaham mereka yang lemah.
Dalam realisme, KUASA adalah segala-galanya. Sementara setiap manusia yang secara fitrahnya bersifat mementingkan diri sendiri, akan melakukan segala-galanya untuk memperolehi kuasa semaksimum mungkin bagi memenuhi agenda sendiri.
Dan bagi merealisasikan semua itu dalam dunia politik, seseorang akan memanipulasikan segala apa yang ada, hatta mengkhianati prinsip dan rakan, menebalkan muka, menjilat semua ludah sendiri, serta bersukutu dengan musuh lama bagi mendapatkan kuasa.
Itu yang kita dapat saksikan dalam warna-warni politik khususnya di negara kita dari dulu sampai sekarang, betul tak?
Setakat membuat pengumuman U-turn dan Roundabout tu apalah sangat. Heh. Yang penting kuasa di tangan.
.
Oleh sebab itu saya melihat politik sebegini dalam dunia mutaakhirin tidak lebih daripada tayangan seni meraih kuasa.
Tidak ada istilah baik lawan jahat. Sebaliknya masing-masing berjuang untuk agenda masing-masing, khususnya bagi memenuhkan tembolok masing-masing.
Mencari pemimpin yang ikhlas?
Entahlah
Sukar untuk dijawab.
Memetik kata-kata Muhammad Khairi Kamaruddin, politik dan kuasa sepatutnya jadi ladang pahala. Malangnya menjadi lubuk mencari kuasa.
.
Dalam kes di Malaysia, apa pengakhirannya?
Hari ni kita dapat Perdana Menteri yang baru. Tetapi adakah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Muafakat Nasional akan berjaya mengekalkan kepimpinannya selepas 9 Mac adalah suatu persoalan yang besar.
9 Mac adalah tarikh sidang Dewan Rakyat yang terdekat sementara pihak Pakatan Harapan masih claim mereka masih lagi membentuk majoriti, maka kedudukan TSMY akan dicabar semasa hari sidang nanti.
.
#stokpopcorndahhabis
#panjanglagiceritaninampakgayanya

No comments:
Post a Comment