Saturday, March 14, 2020

Hadir untuk saringan Covid-19

Pergi klinik kesihatan untuk saringan covid-19, tapi jadi kes lain pulak 😅.

Ini kisah kelmarin.

Doktor yang cantik manis di kaunter saringan berkata setelah cek temperature badan

"Ok, badan encik tak demam"

Alhamdulillah dah lega.

Kemudian doktor cantik manis tersebut cek tekanan darah tinggi

"Encik ada darah tinggi ke?"

Bulat mata dark brown dia memandang saya. Saya terkebil-kebil kejap tak keruan. Tak pasti sebab mata itu atau sebab riak risau dalam nada suaranya.

"Eh sepengetahuan saya takde pulak. Last rekod saya awal tahun arituh sistolik 128, diastolik 78. Tapi ye lah dah 3 bulan"

Doktor cantik manis kembali menekan alat Omron kat meja

"217, 127. Tinggi sangat ni encik! Takde pening ke, rasa nak pengsan ke??"

"Err... saya ok je ni. Pening apa semua takde"

Kawan kepada doktor cantik manis, yang juga ayu menawan cadangkan saya rehat setengah jam kat dalam.

Masa masuk, semua mata menumpu kepada individu berbadan bulat, tetapi separa segak, datang duduk berdekatan mereka. Mau depa tak cuak? Masuk pun diescort oleh pegawai perubatan, dari kaunter covid pulak tu! 😅

Rehat setengah jam. Cek balik di kaunter dalam klinik guna alat hospital. Kali ni oleh abang MA.

"Bacaan masih tinggi lagi ni encik. 180, 121. Patut masuk wad ni"


Saya masih buat muka terkebil-kebil.

Doktor cantik manis keluarkan preskripsi ubat darah tinggi dan suruh datang balik lepas 14 hari.

Ok. Kisah doktor cantik manis bersambung di episod seterusnya. Haha
.

Pelik jugak blood pressure boleh naik setinggi ni. Tak pernah dalam sejarah.

11 tahun lepas saya pernah kena mild blood pressure. Bacaan paling tinggi adalah 148, 100. Doktor di PPUM arahkan follow up setiap minggu tanpa prescribed ubat darah tinggi.

Selepas 3 bulan, alhamdulillah doktor dismisskan kes saya sebab bacaan keep cantik. Dan sejak tu saya selalu monitor bacaan BP kat rumah, khuatir kembali naik.

Sampai lah ke awal tahun ni, bacaan masih kategori baik

Ya betul, saya kategori obese. Tapi 3 bulan jadi pesakit bedridden buat berat badan susut 16kg. Nak pulak ada perubahan dari segi diet makanan bila terpengaruh dengan kejayaan Dr Adi Ainurzaman turunkan berat badan below than 70kg.

Ye betul jugak, saya ada letak gambar nasik lemak paru tabur punya. Tapi tu bukanlah makan hari-hari 😑. Kebiasaanya saya makan buah je. Nak pulak bulan Rejab ni dilazimi dengan puasa.

Tapi satu benda yang berlaku 3 minggu kebelakangan ni adalah saya kurang tidur. Tido lambat, bangun awal. Siang pulak kadang-kadang takde nap. Purata tidur dalam 3-4 jam sehari. Malam tadi pun masih sama.

.

Kawan-kawan, jaga kesihatan.

Umur nak masuk 40 tahun ni, dah mulalah terbuka pintu-pintu ujian untuk kita. Ujian kesihatan, anak, perkahwinan etc etc.

Satu lagi benda, jangan berfikir kuat sangat. Serah segalanya kepada Allah. Ada benda bukan dibawah kawalan kita. Ini nasihat mendalam untuk diri sendiri 😔

Doakan saya.

Hari ni insya Allah saya akan cuba cukupkan tidur 8 jam 😊

.

Baru terfikir pick up line.

"Encik ada darah tinggi ke?"

"Entahlah. Hati saya bergetar bila melihat doktor"

Cia cia cia

Hahahahaha 🤣

No comments:

Post a Comment