Friday, March 20, 2020

Kuarantin: isi masa dengan Al Quran


Quran time waktu kuarantin
"Tapi saya tak biasa nak baca Quran sampai satu juzuk atau lebih dalam masa sehari. So macamana?"

Meh sini saya share satu tips yang pernah seorang doktor perubatan ni share dengan saya untuk bagaimana nak biasakan diri baca 1-3 juzuk Quran satu hari.

1. Bukak youtube atau mp3 player. Ambil surah yang panjang, sebaiknya Al-Baqarah.

2. Pilih bacaan imam yang kita suka. Saya syorkan Sheikh Baleela sebab bacaan dia jelas. Boleh juga pilih Imam Masyari. Kurang syor Sheikh Sudais sebab bacaan dia agak laju.

3. Ambil wudhu dan sediakan Quran

4. Tekan play video atau mp3.

5. Baca bersama dengan Imam tersebut. Agak-agak tertinggal, pause sekejap untuk kejar balik bacaan. Mana-mana bacaan yang kita tersangkut, boleh cek bacaan pada rakaman.

6. Agak-agak penat, stop kejap untuk berehat. Boleh sambung kemudian.

7. Habis satu juzuk, shodaqallah hul 'adzim 😊 esok sambung juzuk 2 al Baqarah.

8. Kalau mampu, teruskan sampai dua juzuk, atau habiskan al baqarah tersebut. Jika berjaya sampai habis, tahniah dan alhamdulillah. Berjaya habiskan 2 juzuk setengah! 😁

9. Esok repeat balik. Takde masalah ulang-ulang al Baqarah.

10. Bila bacaan dah lancar dan dah biasakan dengan huruf-huruf dan sebutan makhraj dalam al Baqarah, try baca tanpa rakaman.

11. Bila dah makin ok, dah boleh mulakan dengan sambungan surah-surah lain. Insya Allah takde masalah untuk baca 3 juzuk sehari.

Nota: buat permulaan, mungkin boleh peruntukkan sejam untuk satu juzuk. Bila dah lancar, secara puratanya boleh habis 1 juzuk dalam masa setengah jam, insya Allah

Nota 2: kalau al Baqarah tu terlalu berat, boleh try dengan surah al-Kahfi. Kalau masih terlalu berat, boleh mulakan dengan Juzuk 30 dari surah an Naba' sampai an-Nas.

Yang penting kita mulakan dan cuba istiqamah 😄

.

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Seseorang yang ahli dalam al Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran" 
(Hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

.

Wallahu'alam

Moga Allah bagi taufiq untuk amal dan sampaikan 😃

No comments:

Post a Comment