Baru ni dalam kelas penulisan semasa Ramadan yang saya telah sertai atas cadangan Yusry Yusopp ada menegaskan bahawa seorang penulis wajib tahu di genre manakah kekuatan dia.
Ada penulis yang mungkin merasakan dia sesuai menulis bab kepimpinan atau motivasi, tapi tanpa disedari, kekuatan dia sebenarnya ada menulis novel seram. Sehingga apabila menulis genre seram, walaupun ditulis penulis secara santai, tapi dia punya seram sampai rasa nak gugur jantung pembaca 😅
Saya sendiri masih tertanya-tanya tang mana kekuatan saya.
Sehubungan itu nak mintak respon kawan-kawan semua. Bagi yang dah biasa baca tulisan-tulisan rapuan saya, saya nak tanya.. pada pendapat kalian, kekuatan penulisan saya pada genre mana satu eh?
Seandainya saya menulis sesuatu, buku/artikel/tulisan jenis apa yang kawan-kawan harapkan?
Boleh vote ikut emoji macam di bawah ni:
1. Like 👍 untuk penulisan serius (analisis, sejarah, falsafah etc)
2. Love ❤ untuk novel atau cerpen yang bersifat puitis
3. Care 😘 untuk tulisan motivasi atau nasihat secara santai
4. Haha 😂 untuk tulisan lawak dan humor (siri anak bertanya misalnya)
5. Wow 😮 untuk fiksyen sains atau apa-apa fiksyen lain.
6. Sad 😓 cerita kekeluargaan, keinsafan
7. Angry 😡 kau tulis je lah Mi... banyak soal pulak!
Kalau ada idea lain atau ada feedback, harap dapat tulis kat ruangan komen.
Harap dapat respon eh 🤗
Respon yang diterima adalah seperti berikut:
Daripada 50 vote,
Majoriti menanti tulisan serius.
Tulisan unsur humor (e.g. siri anak bertanya) dan tulisan motivasi secara santai dapat ranking permintaan yang sama.
Ramai yang suruh tulis aje, jangan banyak songel lagi dah
Ada mintak buat novel puitis la. Haha
Antara cadangan yang diterima:
Suruh jadi penulis yang versatil yang boleh menulis pelbagai genre.
Kesemuanya nakkan penulisan yang santai, tapi sarat dengan maklumat, mengajak untuk berfikir mendalam, nasihat-nasihat dan kisah kekeluargaan & kemasyarakatan
Ada jugak menanti tulisan fiksyen dan novel puitis.
No comments:
Post a Comment