Ansari bertanya lagi,
"Ayah, pada masa akan datang adakah kita akan ada kereta terbang?"
"Hmm.. taktau lah Ansari"
"Mestilah nanti kita akan ada kereta terbang. Barulah best"
"Bagi ayah, tak perlu ada kereta terbang. Membazir je buat research kat situ,"
"Kenapa?"
"Kalau untuk jadikan pengangkutan, kita dah ada kapal terbang. Jadi buat apa nak kena ada kereta terbang? Kalau setakat untuk perjalanan dekat, pun masih rugi. Bila nak terbangkan kereta, tujahan yang kuat diperlukan untuk nak terbang. Bermakna terpaksa guna petrol yang banyak. Rugi. Baik duit untuk research kereta terbang tu digunakan tingkatkan keupayaan public transport," kata si ayah dengan nada membebel.
"Kalau nak guna kereta terbang untuk benda lain, contohnya nak monitor sempadan negara, perairan laut, hutan atau ladang.. kita dah ada teknologi drone yang lebih praktikal. Lagipun tugas surveillance dan monitoring ni lebih sesuai guna unmanned drone. Banyak kos boleh jimat kat situ. Pastu boleh gerakkan banyak drone sekaligus dan kerja monitoring boleh dibuat kat satu center seperti orang monitor cctv...."
"So bagitau ayah, kenapa nak kena ada kereta terbang?"
Mata si anak terkebil-kebil. Penangan bebelan si ayah yang tetiba rindu nak mengajar dalam dewan kuliah 😆
Melihatkan kepada mata yang terkebil-kebil itu, si ayah mula merasakan dia telah merosakkan imaginasi seorang anak yang berumur 9 tahun. Rasa bersalah pun ada. 😅
"Ayah, cctv tu apa?"
Woha! (Pinjam tagline Hamka Mekar) 🤣
#CeritaKami
Gambar kredit to Rojak Daily.

No comments:
Post a Comment