Setiap daripada kita adalah musafir. Dan setiap perjalanan ada destinasi terakhir.
Friday, May 29, 2020
Adab berziarah
ADAB ZIARAH TERUTAMA MUSIM COVID-19
1. Minta izin / beritahu dulu - 3 kali (hadis)
2. Beri Salam (kalau tuan rumah sekadar jawab salam saja selagi dia tidak menjemput masuk, maka tidak boleh masuk rumah) itu hak tuan rumah, maka jangan bersangka buruk
3. Kenalkan diri - dlm agama. plz introduce yourself
4. Jangan sampai mengganggu tuan rumah - Hadis : Para sahabat bercerita, kami mengetuk rumah orang guna kuku jer.
Hadis lain: Nabi mengajarkan kita sbg tetamu kena faham situasi, jangan berdiri terus kpd pintu masuk. Duduk sebelah sedikit kanan atau sedikit kiri pintu dan beri salam. ( jaga hak tuan rumah)
5. Jangan skodeng, mengintai-ngintai atau mengintip-intip. hadis - Jika kau dapati ada org mengintip-intip (skodeng) rumah kamu maka jika kamu baling dgn batu kecil, maka tidak berdosa
6. Jika tidak dibenarkan masuk - maka baliklah
7. Jangan menyusahkan tuan rumah spt duduk berlama-lamaan, datang berkali-kali.
Maksuf hadis : tidak halal ( berdosa) bg saudara kamu duduk di rumah saudaranya, jika menimbulkan rasa tidak selesa kepada tuan rumah - adab bertamu tidak lebih dr 3 hari. Jgn bg tuan rumah berdosa kerana tak layan kita.
8. Jaga waktu privacy tuan rumah (surah al-Nur :58) - 3 waktu dilarang ziarah rumah orang -
1. sebelum solat subuh ,
2. tghari (zohor) dan
3. sesudah solat isyak
9. Doakan tuan rumah: Nabi ajar doa untuk tuan rumah :
Allahummabariklahum fima razaqtahum waghfirlahum warhamhum ( Ya Allah berikanlah keberkatan terhadap apa yang engkau rezekikan kepada mereka, dan ampuni lah
Tazkirah Ustaz Badli Shah
Selamat hari raya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment