Kedua-duanya melakukan kesilapan dengan melanggar perintah Allah
Seorang membuat kesilapan dengan memakan buah khuldi yang dilarang, sementara seorang lagi engkar tidak mahu sujud kepada Adam a.s. (nota: saya ubah sedikit ayat di sini berbanding tulisan asal kerana khuatir salah faham dengan anggapan saya mengatakan Nabi Adam a.s itu seorang engkar seperti Iblis)
Apa pula yang membezakan antara keduanya? Sehingga seorang dimuliakan sebagai Nabi dan dijamin ke syurga
Sementara seorang lagi telah pun namanya tercatat sebagai penghuni sejati neraka?
Nabi Adam a.s menyesali kesalahannya lalu bertaubat kepada Allah.
Sementara Iblis laknatullah tetap tidak bertaubat, malah telah bersumpah akan membawa seramai mungkin mengikutnya ke neraka.
Kata kunci: TAUBAT
.
Ulama' menyatakan bahawa, perbuatan Nabi Adam a.s melanggar perintah Allah memakan buah khuldi, membawa pengajaran yang besar buat kita.
Ini menunjukkan sifat semulajadi seorang Insan itu adalah tidak terlepas dari dosa.
Kalau kita rasa kita hebat, cuba bandingkan diri kita dengan Nabi Adam a.s. seorang Nabi yang maksum
Betul kita hebat?
Percayalah. Hebat macamana pun seseorang itu, pasti ada dosa, samada disedarinya atau tidak.
.
Ramai antara kita ada sisi gelap dalam masa silam yang tak dapat kita lupakan.
Bahkan ramai juga, termasuk saya seolah-olah dihantui bayangan khilaf yang pernah kita lakukan itu.
Samada secara sengaja atau tidak
Seronok atau derita
Dosa-dosa itu mengikat hati dan jasad kita.
Nak pula, hari demi hari yang berlalu pada saat ini seolah musibah dan azab yang mendatang, seolah kifarah atas dosa kita yang lepas.
Itu adalah apa yang saya sendiri rasakan.
.
Namun alhamdulillah, sentiasa ada orang di sisi sering membisikkan
"Itu bukan musibah. Itu tanda Allah sayang"Tancapkanlah ayat itu dalam hati. Buat selamanya.
Moga tidak terputus harap kepadaNya.
Percayalah, selagi nyawa masih dikandung badan.
Selagi itulah kita masih berpeluang untuk bertaubat atas segala kesalahan diri.
Mafhum hadith Nabi s.a.w,
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadar dengan keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosanya yang terdahulu"
(Hadith riwayat Imam Bukhari)
Moga kita tergolong sebagai hamba Allah yang mendapat pengampunan
Manalah tau, kot malam ni, malam ke-23 adalah Lailatul qadr.
Walaupun ada khabar angin kata dah lepas, jangan percaya dan patah semangat 😆
Wallahualam
Sebarkan! (Ayat ala-ala influencer 🤣🤣🤣)
#Ramadhan1441H

No comments:
Post a Comment