Si isteri ada bercerita.
Pernah sekali dia ke Speedmart untuk membeli roti Gardenia. Bukan main seronok dia dapat ambil 2 buku roti, satu yang biasa sementara satu lagi Gardenia hijau tu.
Almaklumlah, musim PKP sebelum Ramadhan hari tu memang jadi barang hot 😆
Waktu dia keluar dari kedai, dia terlihat ada seorang perempuan duduk di tepi kaki lima luar kedai.
Entah macamana tergerak hati dia untuk menghulurkan sebuku roti tadi kepada perempuan itu tanpa banyak bicara.
Namun respon perempuan itu yang buatkan isteri terkaku seketika.
Dia siap peluk roti tu sambil berulang kali ucap terima kasih dengan muka hampir menangis sebelum beredar.
Padahal hanya sebuku roti.
.
Bulan PKP ni terlalu banyak pengajaran yang kita dapat ambil.
Yang paling pasti, tatkala kita dah rasa kita dah susah dah. Percayalah, pada waktu tu mesti kita akan jumpa orang yang lebih susah daripada kita.
Ada banyak kisah-kisah yang tercoret di sekeliling kita.
Ada orang telah hilang pendapatan sepenuhnya semasa PKP ni. Kerja dan gaji selama ni diberi secara harian. Apabila kerja terhenti, gaji pun berhenti.
Ada kisah orang yang terpaksa menggunakan duit simpanan anak sendiri untuk survive sekeluarga
Ada yang syarikat dah secara terang dan jelas cakap lepas ni akan mula buang orang secara beramai-ramai
Malah ada syarikat pun dah declare akan tutup perniagaan dan terpaksa venture dalam bisnes lain.
Modal dihabiskan untuk beli stok jualan raya. Namun kerana wabak, jualan tidak terusik.
Belum campur lagi mereka yang masih diselubungi kesedihan, kehilangan mereka yang tersayang asbab covid ini.
Ada yang berat hati untuk kembali bekerja dan berniaga, bukannya kerana malas. Tetapi risaukan terdedah terhadap jangkitan covid yang boleh jadi asbab bahaya kepada anak dan isteri. Namun demi kelangsungan hidup, terpaksa juga berhadapan dengan risiko-risiko ini
Kalau kita tak dapat jadi orang menyumbang pun, sekurang-kurangnya jadilah kita orang yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah.
Masih ada makanan di atas meja.
Masa ada atap rumah untuk berteduh.
Mana yang mampu untuk menyumbang, sumbanglah. Dan terima kasih atas sumbangan-sumbang itu. Moga Allah terima sebagai amalan yang besar di sisiNya.
Paling kurang pun sumbanglah melalui titipan doa.
Istiqamah setiap kali lepas solat.
Sungguh-sungguh minta kepada Allah. Agar Allah angkat wabak covid-19 ni. Dan minta Allah lapangkan umat ini dari segala bentuk kesempitan dan kesulitan.
Hanya Allah yang boleh bantu kita
#Allahjagakita
Gambar kredit dari Whatsapp status Harman Zulkifli

No comments:
Post a Comment