Saturday, May 23, 2020

Ramadhan 2019 & 2020: suatu muhasabah

Recap Ramadhan 2019.

Tahun lepas adalah Ramadhan kedua paling hectic yang saya pernah lalui selepas tahun 2011 (tahun di mana Ansari lahir dan masuk hospital sebab demam panas).

Beberapa hari sebelum Ramadhan, keluarga ayah tiri arahkan kami keluar dari rumah milik ayah mereka secara mengejut dalam masa 10 hari. Bayangkan betapa sulitnya untuk cari rumah sewa baru dalam masa yang singkat. Untuk pindah pula satu lagi hal.

Rumah sewa baru hanya dapat pada hari kesembilan. Selepas bagitau kelewatan untuk berpindah, kami ambil masa another 10 hari lagi untuk berkemas dan memindahkan barang dari rumah yang kami tinggal selama hampir 10 tahun. Penatnya, masya Allah. Dah la Noor Hayati waktu ni masih dalam proses recovery stroknya.

Tapi satu benda kami suami isteri sepakat, kita cuba manfaatkan Ramadhan tahun itu sebaik yang mungkin. Maghrib kami akan singgah berbuka dan solat di Masjid Al Mukarramah BSD. Seusai terawih baru kami mulakan projek kemas rumah sampai masuk waktu sahur. Subuh kembali ke masjid sebelum hantar barang ke rumah baru. Pagi rehat kejap, kemudian sambung balik sampai petang.

Waktu tu satu je tagline kami, tahun depan belum tentu kita dapat melalui Ramadhan lagi.

Begitulah rutin kami selama 10 hari itu.

Habis pindah, kami sempat melalui 10 hari terakhir Ramadhan dalam keadaan yang sedikit lega dan teratur. Alhamdulillah. Semua ni atas nikmatNya. Rumah yang selesa walaupun sedikit kecil, persekitaran tenang, banyak fasiliti kemudahan, paling penting dekat betul dengan surau yang ada dirikan solat jumaat. Bak saya tulis sebelum ni, kalau waktu azan baru turun pun masih sempat dengar khutbah 😆

Berbalik kepada tagline kami di atas, tak sangka jadi kenyataan apa yang kami suami isteri fikirkan.

Tahun 2020 masihi bersamaan 1441 Hijrah berlalunya Ramadhan tanpa kita dapat hadirkan diri ke masjid. Jangan katakan untuk beriktikaf di 10 akhir Ramadhan, solat terawih, bahkan solat fardhu dan solat Jumaat pun tak dapat nak disempurnakan.

.

Persoalan yang saya sengaja nak hadirkan dalam tulisan pada hari ini adalah,

Bagaimana pula Ramadhan tahun depan?

Adakah kita bakal dapat melaluinya?

Apa pulak agaknya situasi tahun tu nanti?

Pada hari yang terakhir ini, saya nak ajak kawan-kawan ambil kesempatan untuk kita buat sedikit refleksi. Adakah kita dah buat sehabis baik Ramadhan ini atau tidak? Adakah kita berjaya mendapat pengampunan Allah atau tidak? Adakah Ramadhan kali ini berjaya memposisikan kita di kedudukan yang lebih baik dalam usaha untuk menjadi hamba yang bertaqwa di sisi Allah?

Dan kita ambillah peringatan, yang kita mungkin takkan berkesempatan untuk Ramadhan tahun depan. Bahkan masih ada kemungkinan Ramadhan tahun depan kan berubah wajah lagi seperti yang berlaku tahun ini.

Hari ni, dalam baki masa kurang 12 jam yang ada, mari kita bagi "last hug" kat Ramadhan tahun ni 😊


Moga ia kekal menjadi memori baik.

Dan doa moga kita jumpa lagi tahun depan.

#Allahjagakita

Credit gambar: ambil dari instagram Salwa Zeyn

No comments:

Post a Comment