"Sebelum tidur, maafkan semua orang"
Tapi memaafkan tak bermakna kita boleh lupakan apa yang telah berlaku.
Ada sesetengah orang terlalu toksik untuk kita. Maka wajar kita jauhi.
Bukan sebab kita tak dapat maafkan. Apatah lagi sebab dendam atau musuhi.
Tapi kadang-kadang menjauhi itu lebih baik.
Bersaksilah.
Sesungguhnya saya maafkan.
Maafkan saya juga
.
Ada juga situasi yang terbalik
Ada insan-insan yang hadir dalam memori kita. Namun kerana khilaf, hubungan terputus.
Selepas beberapa ketika, timbul harapan agar dapat bertemu semula.
Walaupun hanya dapat sekadar seketika
Walaupun ianya mungkin adalah kali terakhir
Sekurang-kurangnya dapat sampaikan ucapan maaf
Melihat wajah mereka sambil memberi kuntuman senyum
Merakam memori yang baik buat kali terakhirnya.
.
Moga Allah yang Maha Lembut menerima permintaan hamba ini

No comments:
Post a Comment