Cara paling basic untuk register pelanggan yang datang kedai.
Mungkin surau dan masjid boleh apply cara yang sama apabila dibuka kembali nanti.
Mari kita share knowledge ni.
Terima kasih tuan Fadzil Jamaludin
Panduan mudah untuk buat sistem pendaftaran kehadiran ke kedai menggunakan QR Code dan Google Form secara percuma.
Perlu ada google/gmail account.
1. Buat google form untuk pelanggan daftar Nama & Telefon
2. Tekan butang 𝐒𝐞𝐧𝐝 & salin alamat pautan google form tu (Link)
3. Jana QR code di http://atomurl.net/qrcode/ untuk pautan google form yang kita salin tadi.
4. Muat turun QR code untuk dicetak & lekat di kawasan barisan pelanggan/pintu masuk. Pelanggan boleh gunakan telefon pintar untuk scan QR code. Boleh juga letakkan URL pendek pautan google form tu untuk mereka yang tiada aplikasi QR code di telefon (rasanya kebanyakannya ada)
5. Maklumat pelanggan akan di kemaskinikan di Google Sheets beserta timestamp (waktu pelanggan daftar) secara automatik bila mereka daftar.
6. Pekedai boleh cetak di penghujung hari sebagai bukti kehadiran pelanggan.
Ini paling asas lah. Nak cantik2 lagi boleh la letak logo kedai kat Google Form tu. Kelebihannya ialah ada timestamp (masa dan waktu pelanggan datang), kalau kena panggil balik pelanggan (kot2 ada kes COVID), boleh target yang datang dalam lingkungan masa tu ja.
EDIT : Hilman Nordin kata boleh guna untuk daftar kehadiran jemaah masjid. Rasanya untuk kaedah ni, boleh juga tok siak pegang phone untuk scan QR code individu ahli jemaah 😅.
Siapa yang perlu apps QR yang proper boleh contact Hilman lah, dia collaborator QR code apps untuk project RIMBA Universiti Malaya.

No comments:
Post a Comment