Saturday, May 2, 2020

Amboi

Korang komen status den sebelum ni sampai jem telefon ni 😆

Ada orang tanya apa yang si suami buat kat si isteri sampai si isteri boleh doa sesuatu yang rare macam tu untuk suami dia.

Meh sini aku bagi serba sedikit jawapan

Pertama, Noor Hayati ni pemikiran dia dalam bab ni memang unik sikit 😅

Ni bukan benda baru setahun dua. Ni kisah daripada awal perkahwinan kami lagi. Tak caya boleh tanya sahabat kami macam Intan Tuty Mokhtar Nazziera dan Chuya Shams yang pernah dengar direct daripada dia. Haha 😂

Kedua. Usaha untuk ikhlaskan diri dalam perkahwinan.

Jangan lihat isteri sebagai orang yang asing.
Tapi lihatlah ia sebagai diri sendiri dalam cerminan.

Kelemahannya, adalah kelemahan kita jua yang perlu diperbaiki
Kekuatannya sebagai kekuatan kita juga untuk kita pauti
Kesedihannya, kegembiraannya, kesihatannya, kesakitannya, semuanya kita selami jua.

Sampai ke tahap, kita dan dia bagaikan insan yang satu

Dan pengorbanan demi pengorbanan yang engkau lakukan tak lagi engkau rasakan untuk orang yang asing.

Dan bila engkau melihat dia senyum gembira, engkau rasakan satu kepuasan yang sungguh dalam hati.

Dan bila dia bersedih, kita pun seolah dapat rasakan seolah hati kita tersayat sekali

.

Saya memang sangat sentimental bab keluarga ni. Arwah abah kena strok dan koma semasa saya sebaya Ansari sebelum meninggal dunia waktu umur saya berusia 11 tahun

Sejak itu sentiasa ada satu lompong yang besar dalam hati. Bak kata si isteri, saya ibarat orang yang sentiasa tercari-cari.

Dan apa yang berlaku itu menjadi iltizam untuk buat sehabis baik untuk keluarga sendiri suatu hari nanti. "Hatta dengan nyawa sendiri" dah jadi macam logo bab keluarga ni

Dan itu yang saya sedang lakukan.

.

Lagipun perkahwinan ni tak lebih dari amanah dan kurniaan oleh Allah kat dunia ni.

Seperti mana pangkat, harta, pengaruh dan lain-lain amanah yang Allah bagi

Suatu masa nanti, amanah ini perlu dikembalikan kepada Tuannya.

Dan waktu itu kita akan ditanya, bagaimana kita handle amanah yang diberikan selama ni.

Sempurna, atau tak?

.

Dalam bab takdir ni,
Jodoh dan pertemuan ni sentiasa memburu kita sepertimana rezeki dan maut memburu
Kita boleh usaha, seperti kita berusaha untuk mencari rezeki dan untuk jaga kesihatan supaya umur panjang.
Tapi finalnya nanti, kesemuanya adalah atas ketentuan Allah
Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku
Apa yang Allah tak kehendaki pasti takkan berlaku
Itu janji Allah. Itu fitrah penciptaan alam. Itu fitrah hubungan Tuhan dan makhluknya.
Itu hakikat.

Jadi jangan sakitkan kepala fikir atas rezeki, jodoh dan ajal ni. Ni semua benda yang bukan hak kita untuk kita tentukan
Allah bagi, kita syukur
Allah tak bagi, kita redha
Ni nasihat untuk diri sendiri yang masih sukar untuk redha atas perkara-perkara yang telah lepas.
Yang akhirnya pada saat ini ianya memakan diri dari dalam secara perlahan
Jadi asbab banyak mudarat yang jasad kena tanggung sekarang

Bab ni sebenarnya banyak kisah-kisah yang berlaku alam hidup saya untuk dijadikan pengajaran, tapi maaf sebab ianya terlalu sulit dan peribadi untuk diceritakan.

.

Akhir kata.

Dunia ni sementara je tuan-tuan
Yang sedap pun, sedap sementara je,
Yang sakit pun, insya Allah sementara jugak

Tetapi akhirat?
Ianya kekal abadi

.

Doakan saya
Dah 37 tahun dah ni

Arwah abah sempat sampai 44 je 😔

No comments:

Post a Comment