Sunday, May 3, 2020

Industrial revolution & creative destruction

Apa yang kau buat pada hari Ahad musim PKP?

Baca tentang Kondratiev Wave dan tafsiran semula oleh Joseph Schumpeter (Schumpteran).

Saje nak share sikit dapatan.  Manalah tau bermanfaat, atau ada orang yang minat bab ni.

Mengikut pendapat Schumpeter secara umum dan ringkasnya, kegawatan ekonomi akan mencetus kepada revolusi industri.


Semasa revolusi ini berlaku, asas teknologi / inovasi / kreativiti yang baru akan 'memusnahkan' yang lama dan mengambil alih tempat sebagai asas baru dalam teknologi dan inovasi di era baru.

Ini secara tidak langsung mengubah trend dalam dunia bisnes.

Sesetengah bisnes, biasanya yang berasaskan teknologi dan inovasi lama akan hilang tempat dari pasaran.  Sementara bisnes baru yang mengikut arus gelombang asas teknologi yang baru akan mendapat tempat dalam persada pasaran global.

Contoh mudah:

Perniagaan filem gambar oleh Kodak yang merupakan multi-billion business satu masa dulu, telah diambil alih oleh teknologi digital.  Natijahnya, Kodak hilang dari arus dunia fotografi dan diganti oleh Canon, Sony dan Nikon.

Kini, perkembangan teknologi telefon mudah alih turut mengambil tempat dalam pasaran fotografi, menjadikan produk Canon, Sony dan Nikon hanya digunapakai oleh jurugambar profesional sahaja.

Ini lah namanya Creative Destruction (Schumpeter orang Jerman, dia kata "schöpferische Zerstörung" Hehe)

Ini adalah contoh kecil sahaja untuk difahami. Tak sampai ke peringkat perubahan semasa revolusi industri yang sebenar sedang berlangsung.

Apabila pakar-pakar ekonomi telah mengandaikan bahawa economic recession yang sedang bermula sekarang ini bakal mencetuskan revolusi industri yang baru, penting untuk seorang usahawan untuk membuat penilaian adakah produk dan servisnya akan tetap relevan selepas ini atau tidak.

Ini juga elemen yang penting untuk dipertimbangkan dalam perancangan sesebuah start-up.  Mana tau, asbab perancangan yang betul, start-up kita boom macam Facebook dan Google.

Michael Batty menulis,

"Several commentators have argued that the sixth Kondratieff is likely to be marked by rapid technological advances in the biosciences—in medical technologies that will be key to expanding our life limits, and curing long standing diseases. But this will be built on the back of new information technologies developed during the fifth and in this sense one might think of the smart city as being just another way of characterising this change. Biotechnologies and nanotechnologies will doubtless be key to these developments and so will social media but in principle, these developments have the power to change the entire nature of the Kondratieff itself."
Rujukan: Batty, M (2016). Creative destruction, long waves and the age of the smart city. In: Knowles, RD, Rozenblat, C (eds) Sir Peter Hall: Pioneer in Regional Planning, Transport and Urban Geography, Mosbach, DE: Springer, pp. 81–97.

#nota
#MalaysianMCO

No comments:

Post a Comment