Bulan Ramadhan ni sepatutnya semua ceasefire.
Wahai orang-orang politik.
Cukup-cukuplah bergaduh. Waktu ni la pun sorang nak berebut negara, yang lain berebut negeri.
Dah la kita masih di tengah fasa wabak penyakit yang belum tamat. Bulan Ramadhan pulak tu.
Patutnya semua pihak, PN mahupun PH ceasefire buat sementara waktu.
Awak semua ni orang tua kategori dinosaur politik yang dah lama patut pencen.
Patutnya ditunjukkan kepada kami kematangan dalam berfikir dan bertindak.
Bukan mengalahkan budak buat negara dan negeri macam berebut aiskrim dan mainan.
Rata-rata kami dah muak dah dengan sandiwara semua ni.
Suruh serah kepada kepada orang muda macam saya, taknak pulak.
Eh!
(Si isteri cakap, bila masa abang masih lagi muda? Sambil gelak. Hampeh. Adeih)
Zaman Nabi s.a.w dulu, Baginda dah hampir nak sampaikan kepada umat berita tentang bilakah sebenarnya waktu Lailatul Qadar. Tetapi hanya kerana orang bergaduh pada saat itu, habis diangkat semula on the spot berita tersebut.
Bayangkanlah, hanya kerana pergaduhan kecil, Allah tarik satu Rahmat yang besar (berita tentang lailatul qadar).
Agaknya apa pula bentuk Rahmat Allah yang lebih besar yang boleh tertarik atas pergaduhan perpecahan yang lebih besar?
.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda,
"Apabila umatku membesarkan dunia, maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam. Apabila mereka meninggalkan (amalan) mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, mereka akan hilang keberkatan wahyu. Dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur dari pandangan Allah." (Hakim Tirmizi)
.
Tulisan seorang realis yang mengangankan idealisme.

No comments:
Post a Comment