Allah perintahkan kita untuk mendapatkan pertolongan dan bantuanNya melalui jalan sabar dan solat.
Maknanya, siapa yang sentiasa sibuk memperbaiki solatnya adalah orang yang sedang membaiki kehidupan dirinya sendiri.
Oleh itu mari perbaiki solat kita dengan cara:
1. Solat fardhu tunaikan secara berjemaah, awal waktu dengan disertai laungan azan (kena azam lepas PKP ni untuk kembali berjemaah di masjid).
2. Perbanyakkan solat sunat. Sangat ditekankan untum jaga solat sunat rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu), tahajud dan witir.
3. Perbaiki kualiti solat. Sifat khusyu' dan khudu' dalamnya. Sampai ke tahap merasai kemanisan solat.
4. Jaga bab thaharah (kebersihan) meliputi istinjak (pembersihan najis), mandi hadas dan wudhu' (air sembahyang)
5. Baiki iman dan yakin kepada Allah. Dengan iman yang betul akan membawa kepada khusyu'. Sementara solat yang khusyu', boleh jadi asbab amalan untuk tarik bantuan Allah secara langsung.
.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya"(Surah Al-Baqarah, ayat 45-46)
.
Imam Mujahid rah.a dalam menafsirkan ayat di atas berpendapat, kesabaran yang dimaksudkan adalah melalui amalan berpuasa.
Ini pun selari dengan nama gelaran yang diberi kepada bulan Ramadhan sebagai Bulan Kesabaran.
Maka kalau ikut pendapat ini, solat + puasa (sabar) adalah formula yang Allah beri kepada mereka yang sedang berhajat akan bantuan dari Allah
Ada masa 3 hari sebelum 10 hari terakhir Ramadhan di mana ada malam Lailatul qadr.
Dan
Ada lagi 12 hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
Azam untuk tidak siakan.
.
Ada kesempatan, tolong baca doa ni,
"Ya Allah, sempurnakanlah segala hajat saudaraku Hilmi Khairi"Amin ya Allah
😁
#NasihatUntukEngkaudanAku

No comments:
Post a Comment