Contoh: wabak Covid-19, kegawatan ekonomi, kesihatan, cuaca etc. Ini adalah antara benda yang kita tak boleh kawal.
Bagi orang yang bekerja sendiri, faktor-faktor macam ni boleh jadi asbab yang bagi impak besar pada pendapatan harian dan kelangsungan hidup.
Berbeza dengan mereka yang bekerja dengan majikan yang ada pendapatan tetap. Itupun masih terancam dengan kebarangkalian dibuang kerja, tiada OT, diarahkan untuk bercuti tanpa gaji.
Orang motivasi kata, untuk berdepan dengan uncontrollables ni, ada empat perkara kita kena buat:
1. Clarify what you can control
2. Clarify what you can’t control
3. Build on what you can control
4. Find ways to manage what you can’t control
Saya berhasrat untuk tambah satu lagi.
5. Kembali kepada Tuhan. Melalui amalan, doa dan tawakkal.
.
Dalam kitab Hisnul Muslim yang menghimpunkan doa dan zikir sunnah susunan Said Ali Wahf al-Qathani, ada satu doa yang diajar yang boleh kita lazimi setiap kali berdoa.
Maksud doa tersebut,
"Ya Allah, tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau mudahkan, dan Engkau menjadikan kedukaan (kesukaran) itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"
Nota: Sahih Ibnu Hibban No. 2427 (Mawarid), Ibnu As-Sunni No. 351. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Hadith ini sahih, disokong Al-Arnauut dalam takhrij Al-Azkar An-Nawawi 106.
Wallahualam
#bangkit

No comments:
Post a Comment