Baca sampai habis.
Sebenarnya aku masih tak faham isu rak buku ni. Sampai jadi trending perbincangan masa raya ni pulak😅
Tapi untuk tak jadi orang yang tak ketinggalan isu, meh aku share rak buku kat rumah ni 🤣🤣🤣
Diletak kat ruang tamu bukan untuk tujuan menunjuk. Tapi sini je tempat yang sesuai nak letak. Takkan nak letak kat dapur pulak, kan?
Bersepah? Yang tu tanya si anak. Dah penat dah mak ayah dia kemas hari-hari 😂
Buku-buku hampir semua habis baca, kecuali buku-buku akta kat atas tu. Bak kata seorang member yang practice law, "Kami yang lawyer pun tak baca buku akta. Baca bahagian yang perlu sahaja berkaitan dengan handled case".
Haha 😁
Update: Ok, dah faham isu asal. Bagi saya, sebagai seorang yang introvert sama seperti penulis asal, mungkin rak buku dan koleksi buku adalah dia punya modal untuk ice breaking bila bertandang rumah orang.
Cuma ayat dia tu mungkin mengguris hati orang la kot. Tu yang trigger Jabatan Netizen tu

No comments:
Post a Comment