Saturday, May 16, 2020

Terima kasih cikgu!

Masa kat sekolah dulu saya bukan pelajar kegemaran guru-guru di sekolah 😅.

Almaklumlah, guru-guru ni biasanya bagi perhatian kasih sayang kepada pelajar yang cemerlang je. Haha.

Saya hanya belajar untuk membina hubungan dengan warga pendidik apabila masuk alam universiti. Dan diperhalusi apabila sempat beberapa tahun buat pengajian alim di madrasah kemudiannya.

Di situ barulah saya mengenal adab dalam menghormati dan menghargai para guru saya. Dan bagaimana besar peranan mereka dalam membentuk diri saya pada hari ini.

Nak pula sempat jadi warga pendidik sementara di SMK Bukit Bandaraya, Sekolah Islam Adni dan jadi tutor dan RA di Universiti Malaya. Malah masa masuk dunia industri pun masih terkait dengan dunia training.

Walaupun sekejap semua tu, dia punya warna-warni cukup bermakna.

Selamat hari guru buat sekalian warga pendidik, baik di peringkat tadika, sekolah, universiti dan madrasah.

Moga Allah merahmati kalian 😊


No comments:

Post a Comment