"Ce abang try pakai baju ni"
Saya melihat baju yang dimaksudkan. Baju-baju kemeja lama zaman buat degree kat UM dulu tahun 2002-2006.
Seingat saya saya pernah try last pakai masa beberapa tahun lepas bernikah. Waktu tu butang pun tak boleh kacing langsung. Kecewa 😅
"Hoih. Ni baju lama ni. Mana abang muat dah"
"Try la dulu"
Bangun dengan perasaan malas. Try je lah.
"Eh eh. Muat!"
"Haaa.. posing sket bang"
😁
Siap ada orang masih ingat lagi baju ni 🤣
Sila abaikan baju tak bergosok tu 🤣
Rasanya berat badan takde la turun sangat masa Ramadhan ni. Makan macam biasa waktu sahur dan berbuka.
Cuma feature tu pun mungkin nampak susut sikit





No comments:
Post a Comment