Dengan satu ayat sahaja kita boleh jadi asbab semangat kepada orang yang tengah down
Dan dengan satu ayat sahaja jugak, boleh jadi asbab kita patahkan semangat seseorang yang sedang berkobar-kobar.
Dengan satu ayat, seseorang boleh jatuh hati
Dengan satu ayat juga, boleh buat sesuatu silaturrahim terputus buat selamanya.
Banyak lagi contoh sebenarnya.
Tapi yang pasti, satu ayat boleh jadi asbab pengucapnya itu masuk syurga. Satu ayat juga boleh jadi asbab ia masuk ke neraka.
Hanya kerana satu ayat.
Berhati-hati dengan ayat kita.
Nasihat untuk sayalah ni. Terlalu banyak menulis. Kadang-kadang tidak sedar implikasi ayat yang ditulis kepada orang yang membacanya.
Besar harapan saya moga ucapan maaf zahir batin sempena Eid ini menjadi asbab kemaafan 😊
#nasihatuntukengkaudanaku

No comments:
Post a Comment