Thursday, May 21, 2020

Tersakiti - part 4

Dan apabila sampai ke satu peringkat, engkau merasakan hidup seolah gelap gelita. Dan engkau tidak menemui sebarang asbab atau jalan keluar dari masalah yang mengepung engkau dari segenap penjuru.

Pada waktu ini lazimilah lidah itu dengan kalam doa Nabi Yunus alaihissalam.

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين 
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah). Maha suci engkau (maka bantulah aku). Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

Apa istimewanya doa ini?

Inilah doa Baginda Nabi Yunus alaihissalam sepanjang tempoh dalam perut ikan yang direkodkan dalam Al-Quran.

Dalam kegelapan.
Tiada sebarang asbab.
Tiada sebarang jalan keluar.

Hanya ada Allah.
Dan selepas sekian tempoh.
Bantuan Allah akhirnya tiba.

.

Lazimi doa ini bersama dengan segala usaha ikhtiar kita.

Insya Allah. Allah bersama kita.
Jangan sedih.
Bangkit!

#nasihatuntukengkaudanaku
#bangkit

No comments:

Post a Comment