Monday, May 11, 2020

Makanan sunnah: Talbinah

Saya biasa waktu berbuka makan Talbinah selepas makan kurma.

Pernah dengar Talbinah tu apa?

Barli yang dimasak dengan susu. Jadi macam bubur. Sedap!


Talbinah ni boleh dikategorikan sebagai antara makanan sunnah.

Biasanya di zaman Nabi, talbinah ni dihidangkan untuk orang sakit. Sebab sedap, orang sakit pun jadi selera untuk makan.

Mafhum hadith,

“Talbinah itu mengubati hati orang yang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.” (Riwayat Imam Bukhari)

Dulu Noor Hayati biasa masak dengan mula-mula blend bijik barli dengan blender kering sebelum rebus dan campur susu segar kemudiannya.

Baru ni saya beli tepung barli dah siap kisar dari Ustaz Husni. Tak yah nak blend dah. Senang cerita 😁. Si isteri pun verify tepung barlinya high-grade, insya Allah.

Sesiapa yang nak try buat talbinah, atau nak cari tepung barli untuk masakan lain, atau makanan-makanan berasaskan sunnah, boleh contact:

Ustaz Husni Mohd Amin
Contact: +60132858776

Saya tolong promote je.
Benda baik dan benda sedap 😊


No comments:

Post a Comment