Saturday, May 30, 2020

Menjauhi manusia toksik

Saya perasan sejak si isteri kena strok dua tahun lepas, diri ni dah jadi macam grumpy old man (pinjam kata-kata Fadzil Jamaludin)

Anxiety level tinggi, lepas tu cepat sentap dengan orang yang dengan sengaja mencetuskan kontroversi atas benda yang kecik. Sedangkan benda yang lebih besar dan utama dia pandai pulak buat bodoh.

Satu faktor lagi mungkin menjadi penambah perisa adalah sebab usia. 

Satu lagi rasa macam "I had enough for all of these". Cukup-cukuplah jadi kambing hitam dan diambil kesempatan. Kali pertma kena, ada ampun lagi. Bila dah berkali-kali kena?

Mentang-mentang muka comel lembut dan suara soft-spoken, orang ingat senang nak kena buli 🤣🤣🤣

Maka apabila ada manusia toksik yang hadir, nyahkan aje dari kamus hidup. Daripada pendam rasa geram dan marah yang akhirnya memakan dari dalam, baik kita jaga kesihatan mental sendiri.

Bukan sengaja nak putuskan silaturrahim. Tidak.

Tapi untuk kes saya, saya kena kekal sihat dan kuat.

Si isteri memang takkan pulih 100% macam dulu. Anak pulak baru berumur 9 tahun. Kalau saya tumbang kerana mereka yang mengambil sikap bodoh sebegini, siapa lagi nak ambil tanggungjawab menjaga mereka?

Demi maslahah ini, saya berkeputusan untuk menjauhi. Itu lebih baik 😊


Satu persoalan sengaja saya nak cetuskan.

Kenapa kita perlu memilih untuk jadi manusia toksik? Sedangkan kita boleh memilih untuk jadi insan yang sentiasa berbuat kebaikan dan sebarkan kebaikan?

#tanyadirisendiri

No comments:

Post a Comment