"Hang takyah masak hari ni"
Huih apesal ni?
"Nanti petang ada runner hantar makanan kat hangpa"
Tu dia... siap pakej dengan frozen dumpling untuk digoreng sekali 😆
Terima kasih kat hang Mokhtar Nazziera. Sahabat kami suami isteri dari zaman UM.
Moga Allah merahmati 😊
Zaid bin Khalid al-Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.(Riwayat Imam Al-Tirmizi)
Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam berkata,
‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’.(Maqasid al-Saum: 18)
.
Pintu-pintu kebaikan sedang terbuka sepanjang Ramadhan. Tinggal kita je, nak jadi opportunis atau tak 😊
#Ramadhan1441H
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3411-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-131-siapakah-yang-mendapat-ganjaran-pahala-memberi-makan-kepada-orang-berbuka

No comments:
Post a Comment