Ada orang call suruh turun ambil bubur lambok. Ambil dari Kubu Gajah, Paya Jaras katanya.
Taktau la apa specialnya bubur lambok Kubu Gajah ni sampai jauh dia mengembara dari Ampang semata-mata untuk ambil bubur lambuk.
Katanya sebab guna daging gajah 🤣
Rupanya bubur lambuk sumbangan dari individu untuk diedarkan kepada orang ramai (bukan asnaf) melalui NGO Azhar Care. Beliau ni pun aktif sebagai aktivitis NGO ni untuk bagi bantuan sepanjang PKP
Jazakallah khair Ustaz Azrin Zainuddin sebab mai singgah hantar bubur lambuk.
Kenal dari zaman waktu mengajar kat Sekolah Islam Adni kejap waktu sebelum jadi Tutor kat UM. Sekali dengan Ustaz Mohd Safwan Syafiq yang dah jadi selibriti sekarang ni 😆. Dan jugak Ustaz Dr. Abur Hamdi Usman yang sekarang jadi pensyarahyang kacak bergaya di KUIS (tag atas permintaan 🤣). Dah 11 tahun dah masa berlalu.
Ada pelajar Sekolah Adni yang rindu kami 😄? Semua dah besar panjang sekarang. Dulu kanak-kanak hingusan je. Haha.
p.s: Sila abaikan rambut yang kering itu. Angin petang kuat pulak sampai mengerbanglah ia.

No comments:
Post a Comment