Ada 2 peristiwa yang sering dikaitkan dengan tarikh 17 Ramadhan:
1. Perang Badar - perang pertama dalam sejarah Islam
2. Bermulanya penurunan Al Quran.
.
Setiap kali bercerita tentang Perang Badar mengingatkan saya kepada ucapan Miqdad bin Amr r.a. (atau nama lamanya yang dinisbatkan kepada ayah angkat, Miqdad bin Aswad) yang mahsyur dalam riwayat semasa Perang Badar,
"Wahai Rasulullah, teruslah laksanakan apa yang dititahkan Allah, dan kami akan bersama mu.
Demi Allah, kami tidak akan berkata seperti apa yang dikatakan Bani Israil kepada Nabi Musa,
'Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah',
Sedangkan kami akan mengatakan kepada mu,
'Pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah, dan kami ikut berjuang di sampingmu'.
Demi yang telah mengutus engkau membawa kebenaran! Seandainya engkau membawa kami melalui lautan lumpur, kami akan berjuang bersamamu dengan tabah hingga mencapai tujuan."
.
Teruskan membaca Al-Quran.
Daripada Abdullah Bin ‘Amru r.a.,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada 'orang Al-Quran',
'Bacalah Al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia, dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga).
Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca'."
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain)
Nota: Ulama' berpendapat, 'orang Al-Quran' adalah para hafiz Quran. Ada juga yang berpendapat mereka adalah orang yang banyak membaca Al-Quran.
Wallahualam

No comments:
Post a Comment