Antara sunnah pada pagi raya adalah mengucapkan Ucapan yang Baik.
Disunatkan mengucapkan tahniah (ucapan selamat) dan ucapan yang baik ketika bertemu dengan sesiapa sahaja, bermula ketika masuk matahari (Maghrib) malam hari raya. Ia sangat baik, bahkan termasuk di dalam adab menyambut hari raya.
Oleh itu, antara ucapan yang boleh diucapkan pada hari raya ialah:
تقبل الله منا ومنكم
1. “Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan daripada kamu.”
عيد مبارك
2. “Selamat hari raya yang diberkati (Allah).”
من العائدين والفائزين
3. “Semoga kita tergolong di kalangan orang yangkembali kepada Allah (bertaubat) dan orang yang berjaya.”
كل عام وأنت بخير
4. “Semoga setiap (atau sepanjang) tahun kamu selalu berada dalam kebaikan.”
5. “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin”
kerana semuanya termasuk di dalam ucapan yang baik dan mengandungi niat serta doa yang bagus.
Boleh juga mengucapkan apa-apa ucapan yang baik selain daripada beberapa contoh di atas.
Dipetik dari: http://darululum.my/menghidupkan-amalan-di-pagi-hari-raya/
p.s: Kami solat eid pada jam 9 pagi, insya Allah
No comments:
Post a Comment